Zaman sekarang ni kalau kita tengok ramai je makeup artist tempatan yang memang hebat skill diaorang. Apa kurangnya kan makeup artist kita dengan yang antarabangsa.
Baru-baru ni tular gambar murid sekolah yang kelihatan mukanya seperti melecur akibat kebakaran.
Tapi sebenarnya itu hanyalah gimik solekkan semata-mata yang dihasilkan oleh guru sekolah tersebut bagi latihan kebakaran yang akan di jalankan.
Menurut World Of Buzz guru tersebut hanya menggunakan tisu tandas dan foundation serta water colour untuk menghasilkan solekkan seperti ini.
Tambahnya lagi beliau tidak mempunyai pengalaman ataupun kemahiran dalam bidang solekkan ini namun hanya mempelajari teknik ini dengan hanya menonton youtube.
Beliau turut berkata pihak bomba dan guru-guru juga terkejut dengan solekkan yang berjaya di hasilkannya ini. Wow memang menarik pun.
Perkongsian gambar itu di Facebook telah mendapat pujian daripada netizen.
Admin rasa hasil solekkan guru ini memang betul-betul power.