in

“Pakai sudip kayu lagi elok” – Korang Tak Digalakkan Untuk Guna Senduk Plastik Warna Hitam Ini

Feature 4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni tengah viral tentang senduk plastik hitam yang sering menjadi pilihan ibu-ibu yang memasak di rumah. Ramai jugak rasanya yang beli senduk ni. 

Namun, rupa-rupanya senduk plastik hitam ini tidak elok untuk kesihatan kita, lapor mStar. Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang pakar kimia telah menjelaskan tentang bahaya senduk hitam tersebut kepada kesihatan.


Sebelum ini, ada seorang pengguna Facebook telah mengajukan pertanyaan sama ada senduk tu selamat digunakan atau tidak.

Senduk 2

Dr Fatimah mengatakan bahawa senduk viral tu biasanya diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang telah dikitar semula.

Kalau digunakan pada suhu yang terlalu tinggi, nanti senduk akan menggelembung macam ni.

Senduk 5

Selain itu, ada juga kajian yang mendapati bahawa bahan-bahan kimia dalam senduk itu juga boleh bocor ke dalam makanan.

Risiko kebocoran bahan kimia itu juga boleh ditingkatkan jika senduk digunakan dalam masakan berasid, bergaram tinggi dan berminyak 

Jadi, korang kena elakkan guna senduk plastik ni pada suhu tinggi.

Kalau nak goreng ikan, rasanya lebih baik guna je senduk keluli tahan karat atau senduk besi. 

Baca: Hari Tu Produk Barangan Kulit, Kali Ni Senduk Kayu Pulak Yang Berkulat Gara-gara Tutup Kedai Lama Sangat Masa PKP

Senduk 1

Sumber: mStar
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.