Sebelum ini, tular apabila seekor kucing berwarna oren tinggal di dalam kandang capybara di Zoo Negara. Populariti kucing tersebut, atau lebih dikenali sebagai Oyen mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, sehinggakan ada yang melawati Zoo Negara untuk melawat Oyen ini.
Tidak cukup dengan itu, pihak Zoo Negara juga mengakui kehadiran Oyen dalam kandang capybara mereka dengan meletakkan papan tanda Oyen bersebelahan dengan papan tanda capybara.
Kehadiran Si Tompok pula
Terbaharu, seorang pengunjung Zoo Negara ada berkongsikan keadaan semasa di dalam kandang capybara.
Menurut individu yang dikenali sebagai Masyita itu, terdapat kucing baharu yang menetap di dalam kandang tersebut dan dia menggelarkan ia sebagai Si Tompok kerana berwarna hitam dan putih.
Menerusi video berdurasi selama 24 saat itu, kelihatan Si Tompok sedang di tepi tangga seolah-olah sedang berehat.
Dalam masa yang sama, Oyen dilihat sedang duduk di tepi memerhatikan Si Tompok. Agak-agaknya apa yang diperkatan oleh Oyen di dalam hati?
@masyitaahmadshaza Siap interview abg yang bawa tram, bang oyen ni memamg makan minum semua sini je ke.. Dia ckp, tak la, kadang berjalan juga tempat lain, tapi paling dia suka lepak2 kat sini la.. 😂 #oyenzoonegara #fypcat #fypシ #cat #fyp #foryourpage #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2023
Video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya terhibur dengan kehadiran kucing-kucing tersebut. Menurut seorang individu secara berseloroh, Zoo Negara sudah diibaratkan sebagai rumah perlindungan kucing.
“Zoo ni rumah perlindungan kucing2 ke”, tulis seorang individu.
“Capybara je lah yg pindah kandang.. oyen dan species nya duduk je situ”, komen seorang warganet secara berseloroh.
“Capybara be like: ni kandang untuk aku ke kucing ni apahal makin hari makin banyak kucing ni”, tulis seorang invidu di ruangan komen.
Persoalannya di sini, adakah itu kandang capybara atau kandang Oyen dan rakan-rakannya?
Kredit: masyitaahmadshaza
BACA: Boleh Buka Pintu Sendiri, Kucing Gergasi Baka Maine Coon Curi Tumpuan