Kalau korang pernah pergi ke Zoo Negara, mesti korang pernah tengok sekumpulan Capybara yang tengah selamba mengunyah pucuk dan daun di dalam kepungan mereka.
Namun apa yang lebih menarik, seekor kucing dipanggil Oyen juga dilihat tinggal bersama haiwan Capybara ini tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lebih menarik lagi, baru-baru ini, pihak Zoo Negara telah membuat satu tarikan baru dengan meletakkan signage nama ‘Oyen’ pada kepungan Capybara. Eii comel sangat tau!
@znmzoonegara Haaa oyen pun dah ada signage sendiri 🔥 Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan 😉 #oyen #oyenbarbar #masbro #capybara #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2023
Kisah Oyen tular hingga ke luar negara
Disebabkan kecomelan kisah dua haiwan ini, berita mengenai mereka telah mendapat perhatian seorang influencer dari luar negara yang mempunyai hampir 900,000 followers di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan @thatgoodnewsgirl, pempengaruh ini menceritakan tentang latar belakang Oyen yang dikatakan merupakan kucing jalanan sebelum tinggal bersama Capybara di Zoo Negara.
@thatgoodnewsgirl Good news of the day: Oyen the orange tabby cat is accepted by a herd of capybaras at Zoo Negara in Malaysia. 🐈 Oyen is believed to have been orphaned as a kitten and now has a capybara family! Oyen the cat and the capybaras are at Zoo Negara @znmzoonegara in Malaysia. Screenshots from the Zoo Negara YouTube account and khykhycaa on TikTok. Video origin is nablilnash_ on TikTok. #capybara #capybaratiktok #capybarasong #catsoftiktok #cattok #orangecat #cat #cats #orangecatsoftiktok #zoonegara #malaysia #goodnews #dailygoodnews #wholesome #wholesometiktok #greenscreen #greenscreenvideo
Kucing yang masih kecil ini selalu dilihat berjalan tanpa arah tuju di bandar sendirian, dan secara tak sengaja dia berada di zoo tersebut.
“Dia kemudian menjumpai ‘rumahnya’ iaitu di tempat tinggal capybara tersebut dan haiwan berkenaan menerimanya seperti tiada apa-apa yang berlaku,” jelas pempengaruh itu.
Selain itu, dipaparkan beberapa video yang menunjukkan momen Oyen bersama Capybara saling berpelukan dan mesra hidup bersama walaupun berlainan spesis.
“Amboi kau oyen, dah masuk international”
Video berkenaan yang mendapat 690,000 likes dan lebih 5,000 komen itu telah menerima pelbagai respon netizen yang suka dengan kisah si Oyen dan memuji haiwan itu kini telah viral di luar negara.
Hebatlah Oyen! Dah terkenal sampai luar negara ni. Kalau korang nak tengok mereka, jomlah ke Zoo Negara.
Baca: “Tak buat hal tak sah” – ‘Oyen’ Naik Lori Sayur, Nak Ikut Pergi Singapura