
Viral di media sosial selepas seorang wanita Indonesia upload satu video yang membuatkan ramai netizen tak boleh nak lupa. Menurut Tribun, seorang ibu rakam video sambil bagi anak dia minum beer dari dalam tin!
Dalam video viral tu, ibu yang dilihat mungkin pada usia 20an tu tengah pegang satu tin beer jenama Bintang dan selamba beri anak dia yang tengah baring dekat riba tu minum!

Lebih teruk dan buat netizen tak boleh terima, ibu tu siap cakap yang dia bagi anaknya minum beer supaya dia mengantuk dan senang nak tidurkan. Dia kemudian turunkan anaknya dari riba dan berdiri. Mengejutkan, anak kecil tu sendiri capai semula tin beer tu nak minum!

Seorang wanita boleh didengari bercakap dengan ibu tu,
Aduh rosak adik adik (anak muda)…”
Ibu tu pula kemudian menjawab,
Orang lain bagi anak minum susu, saya bagi dia minum beer.”

Walaupun tak dapat dipastikan jika benar tin tu berisi beer, wanita tu macam nak netizen percaya yang dalam tu memang betul betul arak. Selepas video tu jadi viral dan ada yang report dekat Facebook, wanita tu terus deactivate account dia. Tapi, tak ada yang dapat sahkan jika ada yang tampil buat laporan polis tentang video tu.

Ramai netizen yang tonton video tu bengang dengan tindakan si ibu sebab bagi air arak dekat anak yang masih kecil. Tapi, ada juga yang bercakap mungkin dalam tin beer tu berisi air masak je sebab kalau tak kenapa budak tu ambil tin sendiri sebab nak lagi air.

Tonton video tu dekat bawah ni: