in

“Orang lain punya pasal, orang lain yang kena” – Kes Belon Meletup Berpunca Dari Cubaan Potong Tali Belon Guna Lighter

Untitled Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi dengan kejadian pada Oktober 2016, yang mana 30 orang dilaporkan cedera selepas belon berisi gas meletup di Kuala Terengganu?


Kalau tak ingat, boleh baca kat sini.

Kali ini insiden sama berulang apabila Harian Metro melaporkan, seramai 16 mangsa terdiri daripada sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa cedera — dalam kejadian belon meletup yang berlaku di Putrajaya hari ini.

Capture 3

Capture 4

Nak tahu apa persamaannya dalam kedua-dua kes ni?

Ia dikatakan berpunca daripada cubaan individu tidak bertanggungjawab, yang mahu memotong tali pengikat belon bagi melepaskannya dengan menggunakan pemetik api!

Setakat artikel ini ditulis, media melaporkan enam daripada 16 mangsa yang masih lagi dirawat di wad Hospital Putrajaya susulan letupan tersebut — adalah kerana kecederaan mengelupas atau melecur tahap dua.

Manakala 10 lagi mangsa telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Kes ini bagaimanapun menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen, yang mempersoalkan sama ada belon tersebut diisi dengan helium ataupun hidrogen — kerana menurut mereka, hidrogen adalah lebih mudah meletup dan terbakar berbanding helium.

Helium 1

Helium 2

Belon

Secara saintifiknya, gas helium dikategorikan sebagai salah satu daripada unsur-unsur gas noble kerana ia sangat sukar untuk bertindak balas dengan unsur lain — melainkan dalam keadaan suhu dan tekanan yang sangat tinggi.

Untuk penerangan lanjut, korang boleh baca kat sini.

Jadi kesimpulannya, dalam belon terapung yang seringkali dijual kepada kanak-kanak sebenarnya terdapat dua jenis gas yang selalu digunakan — kalau nak selamat, beli je belon biasa dan tiup sendiri kat rumah.

Sebab kadang-kadang, ada dalam kalangan kita yang tak aware dengan bahaya tindak balas sesuatu unsur kimia — dan akibat daripada sikap ignorant kita tu, orang lain yang menjadi mangsa.

Kalau kita ambil tahu, tentu perkara sama tidak akan berulang kan?

 

Baca: “Macam mana boleh terbang tinggi sangat?” – Ibu & Anak Kecil Mati Terhempas Lepas Belon Udara Panas Meletup Tiba-tiba

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.