TikToker Tareq Fit dilihat sekali lagi membuat satu kenyataan yang telah mencuri tumpuan netizen dan rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataannya itu.
Dalam hantaran menerusi Threads, Tareq mengatakan bahawa punca anak-anak kekurangan didikan agama dan akhlak adalah kerana kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja.
Artikel berkaitan : “Korang tak rasa malu dengan Allah?” – Tareq Fit ‘Sound’ Jenama Peraga Ihram
Artikel berkaitan : “Ustaz ni sempurna sangat ke?” – Fasha Sandha Tempelak Tareq Fit, Dakwa Teguran Seolah-olah Aibkan Artis
“Mungkin lain orang lain-lain kot bro” – Nadzmi Adhwa
Dalam pada itu, Tareq menegaskan bahawa lelaki adalah individu yang paling berperanan untuk menjadi seorang provider, bukannya segala keperluan keluarga harus ‘dibahagi dua’. Dia turut menegaskan bahawa isteri wajib menjadi suri rumah.
Tareq juga turut mempertikaikan keluhan ibu bapa sekarang terhadap ekonomi kini, sedangkan hidup bersenang-lenang seperti makan di luar, lepak mamak, mencari makanan viral, membayar pinjaman kereta dan rumah yang mewah.

Terpanggil dengan hantaran tersebut, pelakon Nadzmi Adhwa tampil memberikan respon untuk menyangkal segala dakwaan yang Tareq Fit berikan.
Nadzmi menjelaskan yang dirinya membesar dengan kedua-dua ibu bapanya bekerja, anak kepada pasangan guru ini menyatakan bahawa mereka mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga. Jelas Nadzmi, tak semua keluarga yang hanya boleh bergantung kepada seorang provider.

Sumber :Threads
