in

“Orang dah tiada pun disebut” – Mira View Chin Mohon Netizen Maki Dia Seorang, Jangan Libatkan Keluarga

Ft Vc Mira Pagii Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status hubungan antara pempengaruh Mira bersama majikannya yang juga seorang pempengaruh, iaitu View Chin masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Dilihat Mira kini menjadi perhatian apabila satu hantaran yang dimuat naik oleh Mira menunjukkan suasana di pagi raya. Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah View Chin dilihat ada bersama dan dia memakai pakaian sedondon dengan Mira.


Artikel berkaitan : “Bila laki kau orang cina” – Mira Tayang Video ‘Sweet’ Dengan View Chin

Artikel berkaitan : View Chin Marah Mira Sampai Menangis Ketika Live, Netizen Anggap Ini ‘Marketing’ Je

Dalam pada itu, Mira juga ada memberi pesanan kepada orang ramai untuk bersikap terbuka dan terima seadanya jika dirinya dikecam. Bagaimanapun, dia meminta untuk tidak kaitkan keluarganya berikutan isu yang menjadi sebutan ramai.

Dengan perkongsian ini, netizen kembali berteka teki sama ada View Chin dan Mira sudah berkahwin ataupun tidak.

Untuk rekod, Mira pernah menjadi kecaman orang ramai apabila dia didakwa menjadi orang ketiga yang sekaligus punca pergolakan rumah tangga antara View Chin dan Ah Moi.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.