Walaupun dah lama kita tak dengar cerita tentang dia, tapi bagi mereka yang selalu aktif di media sosial pasti korang pernah dengar tentang King Coco kan? Haa siapa tak kenal si Coco ni yang pernah viral dulu gara-gara klip ‘lots of mix’nya. Agitew!
Apa-apapun, selepas mendiamkan diri sekian lama, King Coco mendapat perhatian netizen di Twitter kali ini kerana katanya bakal melibatkan diri dalam dunia politik. Uish biar betul Coco!
“PPBM tak payahlah ambik sampah masyarakat macam King Koko”
Menerusi satu posting viral di Twitter, netizen ni ternyata tak berapa berkenan dengan tindakan instafamous tersebut dalam melibatkan diri ke dunia politik dan join Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Satu poster khas didakwa daripada PPBM katanya sedang viral sekarang menunjukkan Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail bakal bertanding bagi jawatan Ketua Srikandi Bahagian Bagan Serai untuk pemilihan Bahagian 2020/2022. Fuh bukan main King Coco!
Shalom @PPBMofficial tak payah la ambik sampah sampah masyarakat mcm king koko. Known for the wrong reasons. Possess no skills. Bring in those who can positively contribute to society. And pls ye kaum melayu, u are not born with blue eyes. Jgn la terkejar2 sgt nak jadi matsalleh pic.twitter.com/pPNYQeNb8j
— Naratif Rakyat ?? (@NaratifRakyat) March 9, 2020
“Omg! Sampah macam ni calon ketua srikandi?”
Rata-rata netizen nampaknya bersetuju dengan posting tersebut dan tak berapa menyukai Coco bertanding bagi jawatan tersebut. Menurut mereka, Coco bakal jadi perosak dalam parti dan dia merupakan calon yang tak berkualiti. Phew!
Coco pesaing Cleopatra?
Dalam pada tu, yang lawaknya netizen siap cakap Coco ni bakal jadi pesaing terdekat Cleopatra yang dulunya viral disebabkan CQTnya tu. Hadoi!
Apa-apapun sehingga kini Coco tak keluarkan apa-apa kenyataan pasal pencalonannya untuk bertanding sebagai Ketua Srikandi Bahagian Bagan Serai. Jadi kita tunggu je lah ye.
So amacam? Korang nak undi King Coco tak?