in

Omar Bin Omran: Lelaki Hilang Ditemui Hidup 26 Tahun Kemudian, Rupanya Jiran Sorok Dalam Kandang Kambing!

collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

26 tahun selepas hilang di Djelfa Algeria, Omar Bin Omran telah ditemui di ruang bawah tanah jiran yang pintunya telah ditutupi jerami di sebuah kandang kambing.

Omar yang kini berusia 45 tahun telah hilang semasa dalam perjalanan ke sekolah vokasional pada tahun 1998. Sebelum penemuan ini, keluarganya percaya yang dia telah meninggal dunia kerana terbunuh dalam perang sivil yang berlaku di Algeria dari awal tahun 1990-an sehingga 2000-an.


Artikel berkaitan: Kes Penculikan Traumatik Denise Huskins Disebalik Dokumentari Terbaru Netflix, ‘American Nightmare’

Kehilangan Omar Bin Omran

Pada tahun 1998, Omar bin Omran yang baru berusia 19 tahun telah meninggalkan rumah keluarganya di Djelfa, Algeria untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah vokasional dan tak pernah pulang ke rumah.

Disebabkan pada waktu itu negara sedang menghadapi perang sivil di antara kerajaan dan kumpulan Islam, pihak berkuasa percaya yang Omar telah dibunuh kerana berada di tempat dan waktu yang salah.

omar with his dog 1 616x900 1

Namun begitu, anjing peliharaan Omar percaya yang dia masih hidup dan sering berkeliaran di rumah jirannya yang dikenali sebagai B.A lebih kurang sebulan selepas kehilangannya. Tapi anjing itu telah mati secara misteri di hadapan rumah keluarga Omar. Pihak berkuasa percaya yang B.A telah meracun anjing tersebut kerana bimbang rahsianya terdedah.

Selama bertahun-tahun, keluarga Omar telah hidup tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas lelaki ini, tapi semua ni berubah apabila pihak berkuasa telah menemui satu posting media sosial yang dibuat oleh adik kepada B.A.

Penemuan Omar 26 tahun kemudian

a593908407e4b910c6ebdc35d98262a6

Tahun ini (2024), adik B.A dilaporkan telah menjaja keburukan B.A di media sosial selepas mereka dikatakan bergaduh kerana berebutkan harta pusaka. Tapi, satu posting yang dibuat oleh lelaki tersebut telah menarik perhatian keluarga Omar selepas ia mengatakan bahawa B.A terlibat dalam kehilangan Omar berpuluh tahun lalu.

Keluarga Omar telah membawa bukti ini kepada pihak polis dan mereka telah menyerbu rumah B.A dan lakukan pencarian. Di sana, pihak berkuasa telah menemui Omar yang telah pun berusia 45 tahun disorokkan di bawah pintu yang ditutup dengan jerami.

Omar kemudiannya telah diselamatkan dan dibawa terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan fizikal dan mental. B.A yang merupakan lelaki berusia 61 tahun telah ditahan selepas cuba melarikan diri.

Menurut Pejabat Peguam Negara Djelfa, pihak berkuasa merancang untuk mendakwa penculik tersebut secepat mungkin bagi mendapatkan keadilan untuk Omar.

Dipercayai, kes Omar merupakan salah satu kes penculikan paling lama dalam sejarah moden. Malah lebih lama dari kes Elisabeth Fritzl, wanita Austria yang telah diculik oleh bapanya sendiri selama 24 tahun.

Artikel berkaitan: ‘Elisabeth Fritzl’ : Disangka Hilang 24 Tahun, Rupanya Dikurung Dan Jadi Hamba Seks Bapa Sendiri Sampai Lahirkan 7 Anak

Pihak polis bagaimanapun masih belum mengetahui kisah penuh yang berlaku ke atas Omar sepanjang dia ditahan oleh B.A. Pun begitu, media Algeria melaporkan yang Omar tak boleh nak meminta pertolongan kerana merasa seperti dirinya telah dipukau. Pihak berkuasa berharap dapat mendengar kisah penuhnya sejurus selepas lelaki tersebut mendapat rawatan lengkap.

teen omar

Buat masa sekarang, penemuan Omar telah memberikan kebahagiaan kepada keluarganya. Menurut salah satu posting, sepupu Omar mengatakan:

Omar dalam keadaan yang baik lepas 26 tahun menghilang. [Kami] kini sedang menunggu laporan kes dan siasatan lanjut.”

Malangnya, ibu Omar meninggal dunia pada tahun 2013 ketika anak lelakinya itu masih lagi hilang dan tak pernah tahu apa yang berlaku ke atas Omar selama dia hidup. Pun begitu, wanita tersebut dikatakan tak pernah berhenti percaya yang anaknya masih hidup dan sering merayu kepada keluarganya untuk terus membuat pencarian.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.