in

“Oh abah, kalaulah kita seperti keluarga lain” – Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

Abah Yatie Kri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari sedih buat Dato’ AIiff Syukri. Bapa kesayangannya dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi dan jenazahnya telah pun dikebumikan sekitar jam 10 pagi hari ini (27/2/2019).


Bagi yang tidak tahu, Aliff Syukri bukanlah anak tunggal kepada Bonda Rozita dan Kamarzaman Kamaluddin, dia juga mempunyai seorang kakak bernama Yatie yang kini menguruskan Sendayu Tinggi. Tak seperti Aliff, Yatie jarang meletak gambar bersama bapanya di Instagram tapi hari ini ternyata berbeza kerana dia ada cerita sedih yang ingin dikongsikan tentang bapanya. 

 

“Alhamdulillah abah berjaya tengok kesemua anak-anaknya mandikan beliau. Itulah hajat arwah, untuk tengok anak-anaknya berkumpul” 

Menerusi perkongsian Yatie di Instagram, dia bersyukur hari ini impian bapanya tercapai untuk melihat anak-anak berkumpul kerana mereka bersama-sama dapat memandikan jenazah bapa yang meninggal dunia.

Jenazah arwah Kamarzaman juga dikatakan sangat bersih dan meninggal dalam keadaan tersenyum. Masya Allah. 

“Saya jarang letak gambar abah. Tp hari ni lepas semua selamat dikebumikan, terimbas gambar raya tahun sudahnya. Sy masih x blh terima abah dah x ada. Sy cuba belajar redha. Abah jumpa dulu arwah Ani

“Alhamdulillah abah berjaya tgk kesemua anak2 nya ( anak dgn isteri kini ) mandikan beliau. Itulah hajat arwah sebenarnya. Utk tgk anak2 dia sekali berkumpul

“Sy sedih. Sebak. Tapi tersangat tersentuh sbb arwah meninggal dlm keadaan tersenyum lebar. Badannya juga tak ada sedikit najis pun. Memandangkan doktor tak sempat buat pembedahan lanjut, badannya elok dari luka.”

Yatie 1
sumber: instagram

 

“Abah saya orang susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan saya dan adik (Aliff Syukri) makanan sedap-sedap” 

“Abah sy org susah. Jadi guard di hotel. Tak mampu belikan sy dgn adik @aliffsyukriterlajaklaris makanan sedap2. Dia kumpul dr makanan yg dibuang dr hotel. Letak dlm tisu utk bagi kami berdua setiap kali kami berjumpa. Itu je yg dia mampu bagi selain sedikit duit poket. Sy pernah mogok nak jam tgn. Padahal duit abah ada tu je smpi cukup bulan

“Minta walkman. Abah tolak gaji 6 bulan. Sedikit pun x pernah marah sy sbb arwah teramat penyabar orgnya. Spjg sy kenal abah, tak akan keluar dr mulut dia cerita buruk org lain. Semua org keliling dia baik katanya

“Jauh sekali meminta sy & adik duit walau sesak mcm mana pun. Oh abah, kalaulah keluarga kita spt keluarga normal yg lain.. kami akan berikan apa shj. Tp Allah lbh hebat mencaturkan hidup kita semua.” 

Kri 2
sumber: instagram

 

“Tahniah mak bangga Yati dan Kri dah bagi yang sepatutnya anak layan orang tuanya… Doakan dia banyak-banyak” 

Posting Yatie ini telah mendapat perhatian ibunya sendiri, Bonda Rozita yang juga sedih atas pemergian bekas suaminya. Walau bagaimanapun, Rozita bersyukur kedua-duanya telah menjadi insan yang baik dan sangat berbudi kepada ibu bapa. Syukur Alhamdulillah.. baik didikan, baik lah anak-anaknya.

Bonda 1
sumber: instagram

Aliff Syukri juga sempat meninggalkan komen menyatakan rasa sedihnya membaca posting ini.

Bonda 2
sumber: instagram

Admin mengucapkan takziah kepada keluarga Aliff Syukri atas pemergian bapanya. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah. 

Baca: “Awak nak saya merana… cakap saya buat drama?” – Respon Pedas Aliff Syukri Bila Ada Netizen Jadi ‘Batu Api’ Pasal Yom

Yom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.