in

Ogy Sindir Ellie Bertempik Di Mahkamah?

Ogy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua dah tahu yang bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak dah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan pecah amanah. Ketibaan Najib disambut oleh ramai penyokong yang bertempik supaya bekas pemimpin UMNO tu dibebaskan.


Salah seorang penyokong Najib yang jadi tumpuan ramai adalah pelakon Ellie Suriati. Selain melaungkan “Bebas Najib!” dan “Hidup Melayu!” berulang-ulang kali, Ellie juga khabarnya menangis mahu Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia semula.

El
sumber: malaysiakini

Kekecohan yang berlaku di mahkamah ni nampaknya bukan saja jadi perhatian media tapi juga pelakon veteran tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy. Menerusi laman Instagram, Ogy nampaknya terpanggil untuk mengulas tentang kegamatan di pekarangan mahkamah tu.

Ogy mengkritik mereka yang bertempik supaya Melayu didahulukan, tapi sikap yang ditonjolkan pulak langsung tak menggambarkan adab-adab Melayu yang tertib dan sopan.

11
sumber: instagram

Dalam entri tu Ogy nampak meluat dengan tindakan penyokong Najib yang mendesak sidang media Peguam Negara Tommy Thomas diadakan dalam Bahasa Melayu. Disebabkan tu, ramai pengikut merasakan yang entri Ogy tu sebenarnya bertujuan nak sindir tindakan Ellie yang nampak agak agresif hingga ditahan pihak berkuasa.

“Duk jerit Hidup Melayu, tapi adab Melayu tak dipraktikkan!”

“Satu dunia duk tengok wei! Malu wei!!”

Pelakon
sumber: instagram

Pun begitu, Ogy membidas semula dakwaan kononnya entri tu sengaja dimuat naik sebab nak sindir Ellie dan bertanya apa buktinya kalau betul dia nak sindir pelakon tu?

Katanya dia tak ada letak nama sesiapa atau tujukan entri tu pada individu tertentu pun. Jadi apa yang buat korang cakap dia sindir Ellie ni? Jangan main tuduh-tuduh gais.

Sindir
sumber: instagram

Selain itu, ramai jugak yang setuju dengan kata-kata Ogy sebab bagi mereka tindakan sebegitu memang memalukan. Tambah-tambah yang terjerit-jerit tu perempuan pulak tu, jadi nampak agak kurang manis dan kebudak-budakan.

Komen 1
sumber: instagram

Hmm semua orang ada pendapat masing-masing dalam hal ni. Apa pendapat korang?

Baca: Ellie Suriati Cetus Provokasi Laung Sokong Najib

Elll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.