in

“Nyawa rakyat beta tak dapat dikembalikan” – Sultan Selangor Kecewa Dengan Pergolakan Politik & Keadaan Covid-19

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam ucapan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebentar tadi, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan rasa dukacita kerana masih ramai ahli politik dan penjawat awam di Selangor terlibat dalam rasuah.


Ekoran ini, baginda menitahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terus menjalankan siasatan bagi membersihkan Selangor dari amalan rasuah.

Beta kesal kerana masih ada yang tidak jujur di dalam melaksanakan amanah yang diletakkan kepada mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin politik walaupun telah seringkali beta ingatkan untuk tidak melibatkan diri dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan bangsa dan negara.

“Beta tidak mahu mendengar sebarang laporan tentang penglibatan mana-mana pegawai kerajaan dan pemimpin politik dalam amalan rasuah ini.”

Sultan Selangor turut memberi peringatan kepada anggota Dewan untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan amanah serta hentikan perbalahan dan perebutan kuasa, lapor Awani.

Nampaknya Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan di dalam masyarakat.

Yang Berhormat sepatutnya mengambil tahu tentang masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing khususnya mengenal pasti apakah bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang terjejas.

“Bantulah mereka, carilah mereka, bukan sekadar mencari mereka untuk mendapatkan undi sewaktu pilihan raya semata-mata.”

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj zahir dukacita dengan situasi pandemik dan keadaan menjadi teruk…

Posted by Astro AWANI on Sunday, August 22, 2021

Selain ini, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan individu yang telah lengkap divaksinasi untuk tak ambil mudah dengan jangkitan wabak Covid-19.

Baginda mengingatkan rakyatnya untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Sultan Selangor turut zahirkan kebimbangannya dengan penularan wabak Covid-19 terutamanya di Selangor yang merekodkan jumlah pesakit dan kematian paling tinggi di Malaysia.

Beta tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak atas peningkatan kadar kematian dan jumlah pesakit COVID-19 ini.

“Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, nyawa rakyat beta yang telah meninggal dunia akibat COVID-19 tidak dapat dikembalikan. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita melangkah ke hadapan dengan penuh positif dan mengharapkan kesilapan dan kelalaian yang berlaku tidak diulangi semula.”

 

Baca: “Wajar diberi keutamaan” – Sultan Selangor Kecewa Dos Vaksin Negeri Tak Seimbang Dengan Jumlah Populasi

Screenshot 2021 08 23 At 1.20.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.