in

Noor Kumalasari Nafi Khabar Angin Dakwa Anita Sarawak Jatuh Sakit Di Las Vegas

Ebsrvdcsx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anita Sarawak yang dulu terkenal dengan lagu berjudul ‘Seksis’ itu pernah menjadi tanda tanya netizen tentang ke manakah keberadaannya selepas bertahun-tahun menghilang dalam industri muzik tanah air.


Ada juga khabar angin mengatakan bahawa penyanyi tersebut dalam kesihatan yang tidak baik. Alamak betul ke?

Noor Kumalasari nafi khabar angin Anita Sarawak jatuh sakit 

Baru-baru ini, Noor Kumalasari yang merupakan adik kepada Anita Sarawak telah menafikan dakwaan Anita mengalami masalah kesihatan sebaliknya dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Saya ada juga mendengar khabar angin begitu, tapi dia sebenarnya dalam keadaan baik dan tak sakit seperti didakwa.”

Menurut Noor Kumalasari, Anita lebih banyak berhubung dengan kakak sulung mereka bagi memaklumkan keadaan terkininya.

Screenshot 2022 11 15 At 1.33.40 Pm

“Mungkin sebab dia tahu saya banyak berhubung dengan rakan-rakan media, jadi dia lebih selesa untuk berhubung dengan kakak sulung saya. Apa yang pasti, Anita dalam keadaan baik bersama suami di Las Vegas.”

Sebelum ini, Anita Sarawak difahamkan dan memberitahu media bahawa dia sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah di Las Vegas.

Dah lama tak dengar khabar Anita Sarawak…Min suka sangat lagu-lagu dia sebelum ni…

Baca: 7 Tahun Diamkan Diri, Anita Sarawak Sakit Kanser?

Screenshot 2022 11 15 At 1.32.38 Pm

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.