“Nonsense nak kaitkan CNY dengan agama” – Kedai Melayu Buat Dekorasi Meriah Sempena Tahun Baru Cina

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Disaat drama dekorasi Tahun Baru Cina di sebuah SMK Pusat Bandar Puchong 1 baru-baru ini menjadi buah mulut kecaman netizen terhadap segelintir warga yang ‘sakit mata’ melihatnya,masih ada rakyat lagi rakyat Malaysia yang memupuk sikap perpaduan pada diri mereka.

Sebuah kafe di Marudi, Sarawak, Nakhoda Cafe Jubel membuat dekorasi di premisnya bagi menaikkan lagi mood  kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut di negara ini.

 

Nonsense lah nak kaitkan CNY dengan agama”

Bukan sahaja dekorasi, pemilik restoran, Jubel juga mengadakan tarian persembahan Cina di premisnya demi menunjukkan rasa hormatnya dengan budaya orang lain di negara ini.

Marudi merupakan satu kawasan yang multi-ethnic, mereka hidup dalam keadaan harmoni, mereka juga meraikan setiap perayaan dari pelbagai kaum.

“Ini lah yang orang Sarawak banggakan” 

Menerusi WORLD OF BUZZ, bukan restoran milik Jubel sahaja yang meraikannya, ada lagi beberapa restoran Melayu yang akan menghiaskan premis mereka demi menyambut kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina.

Bagi mereka, penting untuk mengamalkan muhibah dan perpaduan di kalangan semua kumpulan etnik.

“Toleransi dan penghormatan mutlak seharusnya menjadi sikap terhadap kehidupan, bukan sekadar slogan kebangsaan.”

Ini kerana mereka menghormati hormat satu sama lain.Tambah Jubel.

 

Baca : “Sensitif tak bertempat la” -Sekolah Ini Terima Surat ‘Aduan’ Dari Parents Sebab Pasang Dekorasi Melampau Untuk Sambut CNY?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?