in

“No, I still want Siti” – Diva AA ‘Throwback’ Dedah Pernah ‘Fight’ Untuk TokTi ‘Perform’ Di Pentas AJL

Diva Aa Jerat Percintaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 1996, pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dibawakan oleh stesen TV3 menampilkan nama-nama besar dalam industri seperti Fauziah Latiff dan Ziana Zain.

Pun begitu, tahun itu seorang bintang baru membuat kejutan di pentas penuh prestij itu dengan menggondol Lagu Terbaik Balada dan Persembahan Terbaik seterusnya memenangi Anugerah Juara Lagu.


Bintang yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi dengan lagu ikoniknya Jerat Percintaan.

Namun, hari ini tular sebuah potongan video podcast @brosgangtv yang menampilkan Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA sebagai tetamu.

Dia menceritakan pada hari AJL 1996 itu, sepatutnya ada penyanyi lain iaitu Mazleela yang menggantikan TokTi untuk membawa lagu tersebut kerana beliau sedang menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

https://www.tiktok.com/@brosgangtv/video/7255301235966790930

Namun, Diva AA yang merupakan produser rancangan itu meminta team produksi untuk membawa TokTi melakukan persembahan lagu ikonik itu tidak kira apa pun halangannya.

“So, I was the one yang call Bad, no I still want Siti, tak kisah lah dia ada SPM ke apa ke, I still want her in the studio untuk perform live,” katanya.

Diva AA kemudian berkata setibanya TokTi tiba dan melakukan persembahan, kesemua calon lain seperti Ziana Zain terkedu apabila mendengar kelunakan suara Siti Nurhaliza walaupun beliau baru sahaja berusia 17 tahun.

Fuh, lejen jugak Diva AA ni!

Baca: “Mana hang punya selendang?” –  Ingatkan Bergaduh, Netizen Geli Hati Lihat Diva AA ‘Serang’ Diva BB

Diva Aa Diva Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.