Hari Ibu merupakan hari kita menghargai pengorbanan seorang ibu atau isteri yang bersama keluarganya. Beberapa hari lepas kita baru sahaja meraikan Hari Ibu dengan seronok, namun hari tersebut juga boleh datangkan kesedihan pada mereka yang sudah kehilangan ibu atau isteri.
Perkara ini dirasai oleh seorang bapa kepada tiga orang anak yang kehilangan isterinya akibat jangkitan kuman dalam darah dua tahun lepas.
Menerusi Facebook Khairul Abdullah, dia telah kongsikan momen ketika dia membawa anaknya yang masih kecil menziarahi pusara isterinya sempena Hari Ibu baru-baru ni.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10158308744272277&set=a.74472797276&type=3&theater
Khairul mempunyai 3 orang anak iaitu Kaleef (6 tahun), Kaleel (4 tahun) dan Khaleed (2 tahun).
Katanya, ketika mereka sampai di tanah perkuburan, anak sulungnya memberi alasan untuk mengelak daripada melawat kubur. Malah katanya, ada sebab mengapa anak sulungnya itu berbuat demikian.
Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin.
Ini adalah doa Kaleef ketika berada di pusara ibunya. Selepas habis mereka membacakan doa, Kaleef terus mengajaknya pulang dengan wajah muka lain macam, kata Khairul.
Sabar, daddy nak cakap dengan mommy
Namun Khairul meminta anaknya untuk tunggu sekejap kerana dia ingin bercakap dengan isterinya itu.
Belum sempat ayahnya menghabiskan ayat anak sulung itu terus memeluk kaki dan memohon supaya tidak beritahu ibu mereka. Sampai dikatakan air mata anaknya itu tumpah laju lah.
Please don’t daddy, don’t tell mommy. Please, please.
Lihat kesedihan anaknya itu, membuatkan dia turut menangis sekali sambil memeluk erat anak sulung itu.
Secara tak sedar perkongsianya ini menjadi viral dan telah membuat netizen rasa sebak. Netizen turut mendoakan kesejahteraan pada arwah isteri Khairul.
Memang seorang ayah yang hebat, min pun nangis bila baca perkongsian ni.
You are the strongest daddy I’ve ever meet in my life
Wow you are strong indeed