in

“Nikmat apa yang Allah bagi” – Tengah Sibuk Tolak Troli, Peniaga Menangis Ditaja Umrah

peniaga menangis ditaja umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanyalah kepada sesiapa pun, pastinya akan berasa terharu apabila direzekikan untuk menunaikan ibadah umrah pada waktu yang tak dijangka.

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan seorang wanita menangis apabila mendapat tahu dia berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Allah.


Menerusi video yang dimuat naik di akaun @ikhlasdotcom, wakil agensi umrah datang menegur seorang peniaga sedang menolak troli berisi barangan jualannya.

Kata peniaga yang dikenali Putrie Azzrena, dia baru dua hari berniaga bihun goreng dan buah-buahan di hadapan sekolah.

Artikel berkaitan: “Mereka yang pergi umrah, aku yang menangis” – Viral Video Dua Pemandu Grab Sujud Syukur Lepas Dapat Tahu Menangi Hadiah Program Umrah

Artikel berkaitan: “Undangan dari Allah” – Terkenal Dengan ‘Content’ Cuci Masjid, Pemuda Ini Dapat Tunai Haji Jemputan Arab Saudi

Screenshot 2025 08 26 171916

Peniaga menangis ditaja umrah

Ditanya tentang impian menunaikan umrah, wanita itu berkata tiada siapa yang tidak berimpian menjejakkan kaki ke sana, hanya kemampuan sahaja yang membezakannya.

Kemudian, wakil agensi memaklumkan wanita itu dipilih agensi berkenaan untuk menunaikan umrah secara percuma.

Mendengar perkhabaran itu, wanita tersebut menitiskan air mata kerana tidak menyangka diberikan rezeki yang sangat luar biasa baginya.

“Allahuakbar, rahmat apa yang Allah bagi ni. Nikmat apa yang Allah bagi ni…”

“Saya tak sangka, sebab saya memang jahil bab agama. Saya baru nak berjinak-jinak dengan agama,” katanya dalam nada sebak.

@ikhlas.com

“Allahuakhbar, saya terlalu banyak dosa dengan Allah…” Asalnya Allah uji team ikhlas.com tak jumpa jalan, berpusing-pusing dalam kawasan dengan tujuan nak membawa khabar gembira buat seorang penerima asnaf di PPR Desa Tun Razak. Rupanya, perancangan Allah adalah yang terbaik, kami ditakdirkan bertemu dengan seorang hamba Allah ni. Ketika itu kami lihat dia sedang menolak troli berisi makanan untuk dijual di depan sekolah. Terdetik di hati kami untuk mengenali dengan lebih dekat wanita kuat ini. Putrie Azzrena ternyata sebak saat ditawarkan tajaan umrah. Baginya, dia hamba penuh dosa dan masih belum mampu untuk menjadi tetamu Allah. Menurut Azzrena, ini adalah rezeki terbesar pernah dia dapat. Umpama mimpi saat dia sampaikan berita ini kepada ibu tercinta. Nantikan perjalanan Azzrena bersama asnaf lain yang dijangka terbang pada awal September ini. Tak lama saja lagi. 🕋 Ayuh bantu kami dalam misi pencarian ramai lagi asnaf untuk merealisasikan impian mereka ke tanah suci. Adakah anda mengenali seseorang yang: 🔹 Fakir atau miskin? 🔹 Muallaf? 🔹 Hidup dalam kesempitan tetapi penuh iman dan harapan? Bantu kami cari mereka ❤️ Jika anda sendiri merasakan layak menjadi calon penerima tajaan umrah, daftar segera! Semak posting di feed kami untuk mengetahui cara penyertaan. Jom jadi asbab mereka dijemput ke Baitullah! 📢 Sebarkan mesej ini 📝 Calonkan insan terpilih 💫 Kongsi peluang pahala 👉 Klik pautan di bio kami untuk mendaftar! Semoga usaha kecil kita membawa keberkatan besar buat mereka yang memerlukan 🤲🏼 #TetamuJemputanAllah #ikhlasumrah1000asnaf #ikhlasumrah #fyp #malaysia

♬ original sound – IKHLASDOTCOM – IKHLASDOTCOM

Pada akhir video, wanita itu kemudian menelefon ibunya untuk meminta restu menunaikan umrah.

Screenshot 2025 08 26 171535 Screenshot 2025 08 26 171548 Screenshot 2025 08 26 171607 Screenshot 2025 08 26 171622

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video ini turut terharu dan mendoakan agar peniaga itu dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.