Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Cik Epal dan peguamnya dilihat bertekak dengan Jofliam di hadapan rumah berhubung isu didakwa pempengaruh wanita ini dilarang daripada bertemu dan mengambil anaknya.
Disebabkan hal tersebut, Cik Epal katanya telah menyerahkan surat komital kepada Jofliam beberapa hari lepas bagi menyelesaikan isu tersebut.
Susulan itu, menerusi Instagram, Jofliam mendedahkan yang pihak mahkamah telah meluluskan permohonannya untuk membatalkan prosiding komital yang telah difailkan oleh Cik Epal tersebut.
View this post on Instagram
Alhamdulillah hari ini mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk memasukkan permohonan secara bertulis bagi membatalkan prosiding komital yang difailkan terhadap saya.
“Alhamdulillah. Saya juga percaya, niat yang betul pasti akan mengatasi semua benda. Salam Ramadan semua,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Apa lagi kau tak puas hati?” – Cik Epal Dakwa Jofliam ‘Spin’, Sengaja Tak Mahu Bagi Anak?
Artikel berkaitan: “Jangan buat harta macam kau sorang” – Cik Epal Bawa Polis Datang Rumah Jofliam, Dedah Berbulan Terpisah Dengan Anak
“Sendiri meminta, pastu tak nak pulak”
Posting tersebut bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang ‘pelik’ dengan sikap Jofliam yang dikatakan ‘meminta’ surat komital tersebut sebelum ini, namun cuba membatalkannya apabila menerima surat itu.
Ada yang nak explain apa maksud surat komital tu?
Sumber: Instagram