Frontliner sepatutnya kita hargai sebab dah berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan negara. Bukannya ambil kesempatan dari keletihan dorang.
“Khamis lalu, sepasangan suami isteri telah ditahan kerana kes penipuan dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah membabitkan pasukan barisan hadapan.” – Sinar Harian
Ada 30 laporan polis telah dibuat setakat Jumaat ni” – Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar
Penipuan aktif sejak September tahun lalu
Siasatan polis juga mendapati, pasangan tersebut aktif menjalankan kegiatan penipuan sejak September lalu dengan menggunakan nama I&I Paradise Venture.
Nilai kerugian membabitkan kes ini berjumlah RM26,193 dan kebanyakan mangsa terdiri daripada pasukan barisan hadapan.”
Beliau juga menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.
Modus operandi suspek
Mereka akan mengiklankan pakej hotel mewah di seluruh negara dengan harga murah menerusi aplikasi Whatsapp.”
“Mangsa yang berminat kemudian akan diminta membuat bayaran penuh sebelum diarah berhubung dengan suspek dalam tempoh 10 hari daripada tarikh daftar masuk hotel.”
Kemudian pada hari tempahan suspek akan memaklumkan yang hotel penuh dan akan menawarkan tempat penginapan lain dengan harga lagi tinggi.
Tak patut dorang ni, dahlah frontliner keletihan, dorang scam pula!
Kalau korang pengguna Twitter yang tegar, korang mesti tahu kes ni. Kes ni menjadi viral bukan saja sebab dorang banyak scam frontliner tapi sebab suspek (si suami) adalah bekas pembantu peribadi Dato Aliff Syukri.
Namun, Dato Aliff ,menjelaskan di IG yang suspek sudah lama berhenti kerja dan dia tak ada kaitan langsung dengan kes ini.
Kesian Dato Aliff, tak memasal nama dia pun turut terpalit dengan kes ni.