in

“Ni bukan masak ape tak jadi, tapi ni masakan terakhir arwah mak sy sebelum dilanggar kereta…”

Bubur

Bubur air tangan terakhir mama…

Itu mungkin ungkapan paling tepat menggambarkan kisah sedih mengenai pemergian seorang wanita yang juga seorang ibu yang sempat menyediakan bubur buat anak bongsunya sebelum maut dilanggar kereta 16 Mac lalu.

Kisah sedih itu dikongsikan anak kedua mangsa, Nur Faziela Ibrahim, 27 tahun menerusi posting di facebook page Masak Apa Tak Jadi sehingga meraih perhatian ramai.

1 10

Faziela berkata ibunya dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan untuk pergi ke kedai berhampiran rumahnya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

“Kebiasaannya, mama akan meminta tolong adik (Muhammad Nur Iman) untuk membeli barang di kedai.

“Namun, mama pergi sendiri pada malam itu kerana adik demam dan muntah-muntah.

“Mama sempat menyediakan bubur dan mencium adik sebelum keluar daripada rumah, malah berulang kali memberitahu hanya keluar sekejap saja tetapi sebaliknya berlaku apabila dia pergi buat selamanya,”

Menurutnya mereka sekeluarga redha dengan pemergian ibunya namun sedikit terkesan mengenangkan bubur yang sempat dimasak sebelum kemalangan sehingga meragut nyawanya.

“Kami sekeluarga sempat menjamah bubur itu pada pagi semalam sebelum ke hospital bagi menguruskan jenazah.”

Kol 4pm baru dapat tgok Dan mandikn jenazah arwah mama, masa mula2 kena Panggil untuk buat pengesahan Aku yg kena…

Posted by Ila Syaziela on Wednesday, March 17, 2021

Faziela berkata hasil bedah siasat mengesahkan yang ibunya meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala, leher dan tulang belakang.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin, Johor Bahri.

 

Baca : Saya minta maaf, bukan sengaja tinggalkan jenazah isteri, tapi perlu cari wang untuk urusan pengebumian

Jenazah

Sumber: Facebook