in

“Saya minta maaf, bukan sengaja tinggalkan jenazah isteri, tapi perlu cari wang untuk urusan pengebumian”

N0Fo6Sx8Make8Glf9Bhm

Itu kenyataan yang diberikan seorang lelaki apabila dia terpaksa meninggalkan jenazah isterinya selama hampir 24 jam sebelum jenazah wanita itu dikebumikan.

Semua itu dilakukan kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi meneruskan urusan pengebumian isterinya.

Dalam tempoh tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Dedy terpaksa meminta jasa baik jirannya untuk menjaga jenazah isterinya, Indah Kusaeni, 30 tahun sementara dia keluar untuk meminjam wang.

11

Mengikut cerita, ketika Dedy pulang dari kerja pada Ahad lalu, dia menemui isterinya sudah meninggal dunia.

Dipercayai wanita itu menderita penyakit berkaitan kelenjar limfa sejak beberapa tahun lalu, lapor Harian Metro.

Menurut jiran lelaki itu, jenazah wanita tersebut sudah dimandi dan dikafankan, namun tidak dapat dikebumikan kerana menunggu Dedy mendapatkan ambulans.

Justeru jenazah itu terpaksa diletakkan dalam bilik di rumah berkenaan selama hampir 24 jam.

“Isterinya meninggal dunia jam 3 petang dan dibawa ke Hospital Gatoel, jam 4 petang. Jenazah dibawa pulang ke rumah pada jam 1 pagi, Isnin lalu.

“Dedy kemudian keluar mencari kawasan perkuburan dari jam 2 pagi sehingga 9 pagi,”

Lelaki itu difahamkan turut memohon maaf kerana dia bukan sengaja untuk meninggalkan mayat isterinya tetapi dia perlu mencari wang untuk urusan pengebumian.

Saya mohon maaf, saya mencari kawasan kubur. Saya mahu minta bantuan ambulans untuk membawa jenazah isteri saya.

“Saya tidak ada duit untuk membayar bil hospital dan berusaha untuk meminjam. Itu pun (bayaran hospital) belum selesai termasuk untuk kubur kerana ia perlu juga dibayar,”

 

Baca : Nenek Temui Mayat Cucu Mati Kelaparan Dalam Rumah, Rupa-rupanya Ada Plot Twist Nenek Sebenarnya Ibu Kanak-Kanak Tu?

Plot Twist

Sumber: Tribunnews