Budak-budak ni memang terkenal dengan perasaan ingin tahu dorang. Kadang-kadang sebab curious ni tak pasal-pasal je mencederakan diri sendiri.
Macam satu kes yang berlaku di Johor ni bila guru dari Sekolah Api-Api di Pontian terpaksa membuat panggilan kecemasan bila kepala seorang murid darjah 5 tersekat dalam kon trafik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, pasukan ini telah menerima panggilan kecemasan semalam pada jam 1.28pm dan dengan bantuan enam anggota, kon tersebut berjaya dipotong menggunakan peralatan khas dan kepala mangsa dapat dikeluarkan dengan selamat 26 minit kemudian.
https://www.facebook.com/bombajdt/posts/pfbid02qP4md5Ft5sx7iGp9Mj2E1PxFtWzRChunZvVrCb1LjWvki2BwvTCXQmHdhkiqaKt8l
Difahamkan pelajar berusia 10 tahun bersekolah sesi pagi dan kejadian berlaku ketika dia hendak pulang ke rumah.
“Ketika bermain bersama rakan lain dalam kawasan sekolah, mangsa memasukkan kon ke kepalanya yang mengakibatkan gagal dikeluarkan.”
Dikatakan, pihak bomba telah dipanggil selepas guru-guru dan pelajar-pelajar di sana gagal membantu mangsa mengeluarkan kon yang tersekat di kepalanya.
Pihak jabatan bomba kemudiannya beredar dari kawasan kejadian setelah memastikan kanak-kanak malang ini tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Rata-rata netizen yang melihat posting ini turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan ada juga yang turut geli hati.
Redha je lah dik kalau kena bahan lepas ni. Benda dah jadi…
Baca: “Terpaksa panggil bomba” – [VIDEO] Wanita Kongsi Pengalaman Tersangkut 6 Jam Dalam Bank