in

“Terpaksa panggil bomba” – [VIDEO] Wanita Kongsi Pengalaman Tersangkut 6 Jam Dalam Bank

Tersangkut Bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang benda yang paling kita tak expect tu lah yang jadi dekat kita, betul tak?


Itulah agaknya perasaan seorang wanita apabila niatnya untuk ingin mengeluarkan duit di ATM pada waktu malam tiba-tiba bertukar kelam-kabut, dia terkurung selama 6 jam di sebuah bank kerana roller shutter door bank tersebut tutup secara automatik.

@queenraishaa

nasib baik ada botol kat atm ni . buang sifat malu terhadap cctv. kencing dalam botol je. hahaha kenangan paling bodo #merdeka #fy #fypシ #fyp

♬ suara asli – ????????? ????? – ????????? ?????

Perkongsian pengguna TikTok @Queenraisha itu menunjukkan dia terperangkap di dalam bank tersebut ketika dia ingin mengeluarkan duit kira-kira jam 12.49 tengah malam.

Kerana terlalu panik, dia juga berkongsi dalam videonya yang lain di mana dia terpaksa memanggil pihak bomba bagi mendapatkan bantuan untuk keluar dari situ.

Dia juga berkongsi, sejurus dia berjaya keluar daripada bank berkenaan dia terus pergi mencari makanan kerana terlalu lapar

“Bebas dari lokap mesin ATM. selama 6jam terkurung. keluar je terus cari makan. perasaan tu macam bebas dari segalanya haha” tulisnya.

Selain itu, dalam videonya yang terakhir dia juga turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa membaca waktu operasi bank agar perkara sama tidak berulang.

Adoi, bahaya betul! Nasib baik tak jadi apa-apa kak!

Baca: “Rasa berdosa lah gelak!” – [VIDEO] Tangan Tersangkut Dekat ‘Handbrake’, Wanita Terpaksa Panggil Bomba

Untitled Design 2022 03 25T155304.417

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.