in

“Ni bukan baju budak2 yer!” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Warna-Warna Baju Yang Sering Dipakai Oleh Banduan

Page Banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita selalu tengok watak-watak banduan dalam TV, perasan tak mesti selalunya pakai yang warna purple, takpun oren kan?

Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya banduan di negara kita mempunyai sistem pemakaian yang tersendiri mengikut jenis kesalahan mereka. Bukan saja-saja je tau diorang ni pakai kejap warna ungu, kejap oren…


Seperti dalam video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun milik @izzrafiqalias, dia telah pergi ke satu pameran berkaitan dengan penjara dan juga banduan dan sempat untuk merakam warna-warna baju banduan. Jangan ada yang terkejut pula! Saiz memang kecil sebab nak jadikan sebagai pameran kan… 

@izzrafiqalias

Jangan cuba2 kalau tak nak kedalam! #tiktokmalaysia #newsbybammad #banduan #penjara #taligantung

♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – ZERZ`SOFTBOY🤺

“Ni yang paling seram” – Pemilik akaun TikTok

Kalau diperhatikan betul-betul dalam video itu, terdapat 12 warna baju yang berlainan. Wah, banyak juga rupanya! Haa, korang nak tahu tak warna-warna baju ikut kesalahan banduan? Jom kita tengok satu-satu…

  • Ungu: Banduan reman
  • Putih: Bawah 6 bulan
  • Oren: Peringkat kedua
  • Hijau: Peringkat ketiga
  • Biru: Peringkat keempat
  • Hitam: Peringkat khas (lama)
  • Putih jalur hitam: Lari dari pusat pemulihan
  • Putih jalur biru: Lari dari polis
  • Putih jalur merah: Lari dari Henry Gurney
  • Putih jalur hijau: Lari dari penjara
  • Kuning fluorescent: Banduan Kemahiran Luar Penjara
  • Putih lengan merah: Banduan Akhir

Bagi yang tak tahu, Banduan Akhir adalah banduan yang akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Di hujung video ini juga, turut ditunjukkan replika tali yang digunakan untuk hukuman gantung.

Tiktok Full

Perkongsian video TikTok itu telah mendapat lebih 1.5 juta views dan juga 156 ribu likes (ketika artikel ditulis). Rata-rata di bahagian komen juga turut kagum dengan baju-baju yang ditunjukkan kerana ramai yang tidak tahu secara terperinci maksud warna yang dipakai oleh banduan.

“TikTok sebenarnya benda berfaedah.. sbb aku dapat tahu satu ilmu pasal jenis warna baju banduan” – Komen netizen

Bukan itu sahaja, malah ada yang berterima kasih kerana sudi untuk share perkara yang berpengetahuan. Kata mereka lagi, lawatan atau pameran sebegini harus diadakan dengan kerap supaya dapat memberi info dan juga kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Min harap perkongsian ni dapat membuka mata ramai orang untuk lebih banyak berbuat baik… Suka betul video yang informatif ni!

Baca: “Batu bapak besar” – Individu Buat Khianat Baling Batu Dari Atas ‘Flyover’ Dicekup Polis

Untitled 3 5

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.