Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik rakaman dashcam di TikTok menunjukkan cermin kereta hadapannya pecah selepas seorang individu melakukan perbuatan khianat dengan membaling batu dari atas flyover.
Ekoran ini, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan kejadian tersebut berlaku di Jambatan Bandar Darulaman, Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan (U) di Kedah.
Menurut Rodzi, suspek didapati telah membaling beberapa jenis batu ke atas kereta mangsa dari atas jambatan hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan tersebut.
@kezurulzalzal97 Tlong Tt viralkn… spaya orng lain bole brhati2 pasni… nasib tak trbabas … #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
Kemudiannya, pihak polis Kubang Pasu telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang pihaknya telah berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam insiden membaling batu pada kenderaan itu.
Dikatakan, selepas menerima video tular tersebut, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat perkara ini dan menemui seorang lelaki membawa motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Semasa pemerhatian dibuat, didapati penunggang motosikal tersebut telah turun dan mengambil sesuatu dari dalam raga.
Anggota telah menghampiri suspek dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua ketulan batu di dalam raga motosikal yang dinaiki suspek.
Suspek mengaku telah terlibat dalam kejadian membaling batu dari atas jambatan lebuhraya seperti mana laporan polis yang telah dibuat sebelum ini.
Bukan itu sahaja, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai 7 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah serta hasil ujian air kencing mengesahkan suspek positif dadah jenis “methamphatamine”.
Suspek kini dalam tahanan dan akan dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman.
Baca: Lelaki Baling Sofa & Tong Gas Dari Tingkat 5 Lepas Geram Cuti Tak Diluluskan Bos