Selalunya kita dengar cerita tentang kawan-kawan yang jenis suka menumpang naik kereta orang lain tapi tak reti nak hulur duit minyak walaupun sikit.
Kali ni, seorang lelaki berkongsi tentang kawan yang bukan setakat bagi duit minyak tapi banyak pula dia bagi! Bukan sekeping tapi berkeping-keping dia dapat tau!
Kawan bagi duit minyak tapi banyak gila!
Baru-baru ini, Zed ada kongsi gambar bahagian dalam kereta dia yang dipenuhi wang ringgit. Kawan Zed sendiri yang selit 30 keping wang kertas RM50 dekat segenap ruang dan di setiap celahan dalam kereta Axia itu!
Selit dekat banyak tempat!
Dari dashboard, pintu dan paling obvious sekali dekat celahan ruang aircond kawan dia selitkan dan susun dengan cantik.
Kawan minta tumpang. Lepas tu bila dah turunkan baru perasan dia ada selit-selit duit minyak.”
Menurut mStar, pemilik Axia bernama Benjamin Rohaizad Razilan Affendy itu akui terkejut dan tak sangka kawan dia selitkan duit sebanyak itu.
Jumlah keseluruhan = RM1,500!
Jangan tak percaya, memang setiap keping wang kertas itu bernilai RM50 dan jumlah keseluruhan yang kawan Zed bagi adalah RM1,500!
Itu memang kawan yang selit depan saya. Memang menipulah kalau tak perasan kan? Semua duit tu adalah wang kertas RM50, berjumlah RM1,500.”
Masa dia selit depan saya masa kami baru sampai kat klinik untuk ambil ubat. Bila saya masuk balik kereta dah penuh kat semua lubang.”
Ingatkan kawan main-main
Kalau korang rasa pelik macam mana Zed tak perasan kawan dia selit duit sebanyak tu, ini penjelasan tuan empunya badan.
Bila duit yang diselit jatuh, dia kutip letak dalam tempat letak cawan. Tapi selepas turunkan dia, memang dia tak ambil wang tu. Memang betul-betul dia bagi.”
Memang selalu je saya ambil dan hantar dia. Saya rasa dia bagi wang tu sebagai token of friendship lah kot.”
Kawan memang kaya, ada Audi R8
Walaupun terkesima dengan wang sebanyak itu, menurut Zed dia tak terkejut dan benda tu tak mustahil sebab dia tahu kawannya merupakan ahli perniagaan.
Tak terkejut pun sebab ingatkan dia saja bergurau. Dia kaya, ada dua kilang baja sawit. Sebenarnya kawan saya tu ada 4 kereta termasuk sebuah Audi R8.”
Tapi perangai dia memang tak suka memandu. Dia lebih suka naik kereta Axia saya. Entahlah, kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni.”
Zed bagaimanapun sempat berpesan supaya semua yang menumpang kereta orang lain agar menghulurkan duit walaupun jumlah yang sikit.
Orang berbudi kita berbahasa. Kalau kita tumpang orang tak semestinya kena selit sampai RM1,000. RM5 pun dah cukup atau bagi saja yang mana mampu.”