in

NGO Paksa Kedai Serbaguna Kosongkan Peti Arak

Buang Arak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
NGO Paksa Kedai Serbaguna Kosongkan Peti Arak
Loading
/

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial sebuah kedai serbaguna di Manjoi, Perak diserbu satu pertubuhan NGO yang menggelar diri mereka Jabat. Satu post di Facebook tular menunjukkan pekerja di kedai itu diserang oleh kumpulan berkenaan yang memaksa mereka mengalihkan arak dijual di kedai tersebut.

Arak 3
sumber: facebook
Arak 1
sumber: facebook

Kumpulan itu melarang sekeras-kerasnya penjualan alkohol kerana majoriti penduduk di situ merupakan Melayu beragama Islam yang sudah semestinya diharamkan meminum arak. Jabat meminta pekerja kedai itu mengosongkan peti sejuk yang berisi arak dan berdiri tegak memerhatikan mereka mengeluarkan satu persatu tin dan botol arak tersebut.


Bebrapa ahli kumpulan tu didengari berkata,

“Bukan kita mahu pecahkan apa ke. Kalau tak mahu juga, kena pecah lah. Kita cakap elok-elok pun tak mahu dengar.”

“Sedangkan kalau ada dalam kedai ni pun benda lain kita tak boleh beli kan?” kata seorang pemuda, dan dipersetujui pemuda lain.

Arak 5
sumber: facebook
Arak 2
sumber: facebook
Arak 4
sumber: facebook

Kumpulan tu juga dirakam berkata that mereka akan laporkan kepada pihak polis selepas urusan di kedai tersebut selesai kerana mahu ‘ikut cara undang-undang’ selain berharap kedai lain di seluruh Malaysia prihatin dengan isu ini.

Jurucakap kumpulan itu mengisytiharkan mereka berjaya menghapuskan atau mencegah penjualan arak di kedai serbaneka itu di Manjoi, ‘yang majoritinya orang Islam dan orang Melayu’.

“Hari ini alhamdulillah berkat kerjasama kita semua di bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat banteras dengan habis-habisan dan insyallah kita akan pantau dari semasa ke semasa.”

Apa pendapat korang tentang tindakan kumpulan ni?

Tonton video tersebut di bawah:

Baca: “Bukan beragama Islam boleh ke dobi lain” – Dobi Khas Untuk Muslim Cetus Kecaman Dari Netizen

Dobbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.