Kemelut yang melanda Palestin kini membuka mata ramai orang, pelbagai bentuk bantuan serta tunjuk perasaan diadakan di seantero dunia bagi mengutuk tindakan rejim Israel.
Ini termasuklah selebriti yang menunjukkan sokongan mereka terhadap negara Palestin dengan menyuarakan pendapat melalui media sosial malah ada juga yang menolak job daripada jenama yang menyokong atau berkait dengan Israel.
Artikel berkaitan: “Mereka adalah manusia” – Gelar Rakyat Palestin ‘Kerosakan Sampingan’, The Hulk Bidas Netanyahu
Artikel berkaitan: “Rezeki tu datang dari Tuhan” – Nadhir Nasar Lantang Sokong Palestin, Tak Risau Kerja ‘Tersekat’
Pun begitu, seorang pelakon senior tempatan Wan Hanafi Su memberikan pendapat yang berbeza mengenai pergolakan yang kini berlaku di Asia Barat itu.
wan hanafi su yang dah senja senja ni pun neutral ek pic.twitter.com/ItXuIGMnTq
— AL (@ciraplaici) November 14, 2023
Dalam sebuah temu ramah yang dibuat oleh sebuah portal, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata dia enggan memilih di antara Palestin atau Israel kerana jawapannya itu boleh mendatangkan Perang Dunia Ke-3 (WW3).
“Kalau saya jawab ni saya (sambil tunjuk isyarat akan dibunuh) ni saya tak boleh pilih, saya tak boleh pilih.
Boleh saya pilih, jangan sampai WW3,” katanya.
“Tak update dengan isu semasa ke?”
Jawapan pelakon senior itu mengundang kecaman ramai sehinggakan ada yang mengatakan dia seakan tidak cakna dengan isu semasa. Lebih-lebih lagi kerana Wan Hanafi itu seorang Muslim.
Hmm, kenapa dia jawab macam tu ek?
Sumber: X