Kebanyakan daripada kita bila ternampak cicak kat dinding kita mesti buat bodoh je kan?, tapi rupa-rupanya kalau di Thailand cicak tu sekarang macam berlian, sebab kat sana orang tengah jual dengan harga yang mahal.
Menerusi China Press, netizen menyatakan di Facebook bahawa pembeli sanggup bayar 300 baht (RM39) untuk sekilo dan 300,000 baht (RM 39, 442) untuk satu tan!
Cicak yang menjadi perhatian adalah cicak tokek. Salam seorang pembeli mengatakan bahawa dia berasal dari kelaurga miskin dan keluarganya hanya mempunyai satu motor.
Setelah bekerja di luar negara selama sepuluh tahun, dia ingin mencari pekerjaan di kampung halamannya tetapi nasibnya malang. Ketika pandemi Covid-19 melanda, keadaan menjadi lebih teruk apabila pandemik melanda,
Ketika bercakap dengan rakannya di Indonesia, dia mencadangkan agar menangkap dan mengeringkan tokek sebelum mengimportnya ke China. Rakannya memberikan pengering yang digunakan khas untuk mengeringkan tokek.
Sejak dari itu, perniagaan tokek kering dia semakin bagus, dia ada kendalikan satu iklan di Facebook page dan menunjukkan harga tokek. Melihat bisnes yang membuahkan hasil, ramai orang Thai pun mula terikut-ikut nak jual tokek.
Lelaki yang dikenali sebagai Letivanon kemudiannya menjual kesemua tokek kering itu kepada local boss yang datang dari China.
Tokek-tokek itu kemudiannya di eksport dekat pasaran di China untuk dibuat sebagai ubat.