in

Netizen Teruja Tengok Kereta Hampir Roboh, Tapi Masih Steady Bawak Atas Jalan

Page Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila petang-petang, seronok je jalan-jalan dengan family kan? Walaupun tak ada turun dari kereta pun. Asalkan dapat rasa seronok berjalan tu, betul tak?


Bercakap mengenai kereta, kereta zaman sekarang kebanyakkannya tempat duduk cukup luas dan selesa. Tak pun, air-cond dah cukup sejuk walaupun ramai dalam satu kereta. Walaubagaimanapun, masih ada lagi beberapa netizen yang betul menghargai kereta mereka walaupun telah digunakan bertahun lamanya.

Seperti dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @blxckmasx, ada seorang penumpang berpeluang untuk menaiki kereta lama yang dianggap legend kerana bentuk dalamannya yang cukup membuktikan tahap ‘legend’ kereta tersebut.

@blxckmasx

♬ nhạc nền – TrungBau1992 – TrungBau1992

Mana taknya, dalam video tersebut dilihatkan lantai kereta yang ‘direct’ ke jalanraya. Bukan itu sahaja, kerusi penumpang di hadapan juga telah ditanggalkan dan hanya kerusi di bahagian pemandu serta penumpang belakang sahaja yang masih dibiarkan.

Pun begitu, ramai netizen teruja dan kagum kerana kereta yang dinaiki oleh penumpang itu masih elok untuk dipandu walaupun agak bahaya keadaan di dalam kereta tersebut. Ada juga yang bergurau bahawa keadaan lantai kereta yang berlubang itu, boleh menyebabkan orang berjaga-jaga ketika bermain telefon bimbit

“Hahahaha… Seram nak naik, risau putus dua je” – Netizen

Kewujudan kereta itu telah menarik minat ramai orang dengan memberi pelbagai komen. Rata-rata memberi komen bahawa kereta tersebut susah untuk dijumpai dan turut ada yang memberitahu ayah mereka pernah ada kereta yang lebih kurang sama.

Kereta 1

Kereta

Kereta 2

Kejadian kereta ‘legend’ itu dipercayai dirakam di negara Asia kerana kedudukan pemandu yang berada di sebelah kanan. Jenis kereta yang dipandu juga susah untuk dikenalpasti kerana video itu mula dirakam di bahagian dalam kereta.

Seronok, seronok juga.. Tapi pastikan semua keselamatan tetap dijaga okay?

Baca: [VIDEO] Anuar Zain Buka Akaun TikTok, Siap Payung Lagu Lelaki Ini!

Anuar Zain Tiktok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.