in

[VIDEO] Anuar Zain Buka Akaun TikTok, Siap Payung Lagu Lelaki Ini!

Anuar Zain Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi lelaki yang mempunyai suara lunak, Anuar Zain semalam telah membuat kejutan kepada peminat-peminat beliau selepas membuat ‘kemunculan’ di TikTok dengan memuat naik satu ucapan ringkas.



Jika diperhatikan, akaun tersebut baru sahaja dibuat dan sehingga artikel ini ditulis, sudah mempunyai hampir 34 ribu followers dan telah mendapat hampir 54 ribu likes.

Menerusi video kedua yang dimuatnaik penyanyi tersohor berkenaan, beliau meminta agar peminat serta pengikut akaun tersebut menyebarkan perkara positif sahaja selain turut meminta agar masing-masing memberikan galakan dan menaikkan semangat antara satu sama lain.

Anuar Zain Tiktok New

Selain itu, beliau juga dalam masa yang sama sempat ‘menyatakan’ sayangnya kepada peminat serta pengikutnya di penghujung video. “Love you”, ujarnya ringkas.

“Hi everybody, I’m new dekat TikTok”

@anuarzainnetwork##tiktokmalaysia ##artistsoftiktok ##fypdongggggggg ##foryoupage ##fyp♬ original sound – ANUAR ZAIN

Selain itu, penyanyi berkenaan nampak teruja untuk memulakan ‘perjalanan’nya di TikTok semasa membuat ‘pengenalan’ akaun barunya tersebut. Beliau juga sempat meminta pengguna lain untuk mengikuti akaunnya tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat ternyata teruja dengan kemunculan penyanyi berkenaan selain menyampaikan perasaan rindu untuk melihat persembahan nyanyian beliau yang difahamkan telah lama ‘menghilang’.

Komen Tiktok

Dalam sebuah lagi posting yang dimuat naik selepas itu, Anuar Zain turut melayan permintaan yang dibuat peminatnya dengan menyanyikan lagu ‘Lelaki Ini’ yang secara tak langsung mengubati kerinduan ramai untuk mendengar alunan suara lunak beliau.

@anuarzainnetwork##fypage ##fyp♬ original sound – ANUAR ZAIN

Nampaknya lepas ni bolehlah dengar nyanyian Anuar Zain selalu kan di TikTok!

Tak sabar pulak tunggu konten selanjutnya dari Anuar Zain! 

Baca : “Sebelum merdeka pon dah ada lagu raya” – Ini 5 Fakta Tentang Lagu Raya Yang Ramai Tak Tahu

Fi Lagu Raya

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.