in

Kes Bunuh Di Cyberjaya Berleluasa, Ini 5 Kes Yang Buatkan Ramai Seram Sejuk

Kes Bunuh Cyber

Walaupun sering dikaitkan dengan bandar yang serba maju, Cyberjaya, Selangor kebelakangan ini menyaksikan banyak kes pembunuhan yang sudah pastinya membuatkan ramai ketakutan.

Bagaimanapun, masih belum diketahui apakah punca kes jenayah itu meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Di sini kami lampirkan beberapa kes pembunuhan yang pernah berlaku di Cyberjaya sejak beberapa tahun lepas.

12 Februari 2023 –  Mayat terapung dalam tasik

Hm

Polis mengesahkan mayat lelaki ditemukan terapung di tasik di belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam, adalah mangsa bunuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, berdasarkan pemeriksaan pada tubuh mangsa, ada lima kesan tetakan di bahagian kepala dan pergelangan tangan kirinya hampir putus.

Menurut laporan Harian Metro, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

19 Januari 2023 – Ibu tekup anak hingga mati

Pexels Lisa Fotios 2721581
Gambar hiasan

Seorang ibu muda dikatakan telah menekup anak kandungnya berusia setahun enam bulan dengan bantal sehingga mati di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, wanita tersebut berusia 20 tahun dan juga merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta.

Perbuatan kejam wanita itu terbongkar apabila polis menerima laporan dari seorang doktor Hospital Cyberjaya pada 12 Januari lalu 5.30 petang memaklumkan sekitar 11.30 pagi hari yang sama menerima pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu cuba bersembunyi di sebuah flat di Putra Perdana, Dengkil namun dicekup pada 16 Januari lalu dan sejam kemudian polis turut menahan seorang lagi suspek yang juga teman lelaki wanita itu, seorang pelajar kolej berusia 21 tahun di Kampung Sungai Buah, Dengkil.

4 Ogos 2020 – Kes bunuh pensyarah UIA

Clipboard2 Horz

Kes Bunuh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman.

Selepas dua jam, pasukan penyelam gagal temui telefon bimbit mangsa dalam tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya.

Menurut sumber, polis juga dedah tempahan perkhidmatan e-hailing oleh suami/suspek terus ke lokasi kejadian bongkarkan punca kes tersebut.

16 Mei 2019 – Kes Pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang

Cats 28

Siti Kharina Mohd Kamarudin, seorang jururawat di Hospital Serdang dilaporkan hilang pada 8 Mei 2019 dan mayatnya dijumpai pada 15 Mei 2019 di sebuah kondominium di Cyberjaya, dipercayai akibat dibunuh.

Lebih menyedihkan, polis mempercayai Siti Kharina sudah dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Seorang warga Nigeria, Alowonle Oluwajuwon Gilbert (Aliwajuwon Gilbertalowonle), dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap suspek selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

11 November 2019 – Lelaki Namibia bunuh teman wanita

Cats 29

Seorang lelaki warga Namibia ditahan berhubung penemuan mayat wanita warga Nigeria yang dikerat di sebuah apartmen di Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Unit D9 (Jenayah Berat) Jabatan Siasatan Jenayah di laluan pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dua hari selepas kejadian itu.

Menurut laporan The Sun, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara suspek dan mangsa di pangsapuri berkenaan sebelum suspek mencekik mangsa dipercayai teman wanitanya sehingga mati.

Semoga kita dijauhkan daripada kes sebegini…

Baca: Keji! 2 Remaja Tergamak Culik & Bunuh Budak 11 Tahun Sebab Nak Jual Organ, Ini Fakta Kes

Bunuh Jual Organ

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Twitter