in

“Netizen sengaja besarkan” – Peguam Nafi Rizky Billar Pukul Isteri, Dakwa Lesti Cedera Sebab Jatuh Tandas

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes keganasan rumah tangga yang dikatakan berlaku ke atas pasangan selebriti terkenal Indonesia Rizky Billar dan Lesti Kejora ini bukan sahaja diikuti oleh peminat-peminatnya di Indonesia malah di Malaysia pun hangat diperkatakan.


Macam yang korang tahu, Lesti telah pun dimasukkan ke hospital dan membuat laporan polis gara-gara Rizky dikatakan telah bertindak kasar dengan melempar, mencekik dan membalingnya sehingga ke dalam bilik mandi gara-gara terkantoi curang.

Namun begitu, peguam Rizky, Nesar Gintng baru-baru ini mengatakan bahawa kedua pasangan ini tidak mempunyai masalah dan kes ini hanya dibesar-besarkan oleh netizen, lapor Detik News.

Mereka sebenarnya enggak ada masalah. Hanya dibesar-besarkan saja sama masyarakat.”

Malah, Nesar turut menuduh ada orang ketiga yang sengaja berniat nak keruhkan keadaan tapi dia sendiri tak tahu siapa.

Kami merasakan ada pihak ketiga yang sengaja campur tangan isu ini tapi kami tak tahu siapa.”

“Dia terhempas bukan dihempas”

Jelas Nesar lagi, Rizky menafikan bahawa dia telah melakukan keganasan rumahtangga ke atas isterinya dan insiden dihempas yang ditulis dalam laporan polis itu adalah tidak benar.

Lesti

Katanya, Lesti terjatuh dalam tandas selepas penyanyi dangdut ini cuba untuk menarik rantai Rizky sebelum ditepis.

Kejadian sebenarnya berlaku pada waktu malam dan Rizky tidak memukul & hempas Lesti. Sebaliknya, terhempas. Jadi, ia berlaku ketika Rizky mahu pergi ke bilik air.

“Lesti menarik Rizky kemudiannya dia menepis sebelum berlalu pergi ke bilik air. Kemudian Lesti mengejar Rizky dan dia kemudiannya menarik rantai dipakai Rizky. Entah bagaimana, Lesti terus jatuh dan ‘terhempas’, bukannya ‘dihempas’.”

Apa pendapat korang?

 

Baca: Pernah Jadi Idola Ramai, Bekas Peminat Jelaskan 5 Isu Problematic Libatkan Baim Wong

Ft Baim Wong Problematic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.