in

Netizen Puji Mufti Wilayah Persekutuan Lawat Pekerja Seks dan Pengguna Dadah, Solat Berjemaah Bersama

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masyarakat sering memandang golongan seperti pekerja seks, transgender dan penagih dadah sebagai jijik dan pendosa tegar.


Namun tindakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri telah membuka mata banyak pihak. Ziarah Dr Zulkifli ke Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas (IKHLAS) yang diatur aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi telah mengejutkan isi penghuninya.

19399299 10154828932301478 3666825778909858135 N
sumber: facebook

Menurut Syed Azmi, kedatangan mereka ke situ hanya diketahui staf IKHLAS sahaja kerana memang dia berniat untuk memberi kejutan kepada penghuni di persatuan tersebut.

Bila sampai, semua tengah baring-baring. Ada yang salam cium tangan. Ada yang mata merah tak habis-habis ucap terima kasih sebab datang. Masih ada yang sayang.”

Namun Syed Azmi sempat berseloroh mengatakan apabila Dr Zulkifli bertanya sama ada penghuni di persatuan tersebut berpuasa atau tidak, ada di antaranya mengaku tidak berpuasa dengan nada suara yang kuat, ceritanya di laman Facebook.

Kedatangan Dr Zulkifli ke persatuan yang menempatkan pekerja seks, bekas banduan, transgender dan penagih dadah ini diikuti dengan sesi tazkirah dan pertanyaan soalan. Malah penghuni di persatuan itu juga ikut solat jemaah bersama dengan Dr. Zulkifli sebagai imam.

19260770 10154828932146478 8130475503058836726 N
sumber: facebook

“Kesemua mereka duduk bersila dan rapat-rapat. Betul-betul pemandangan luar biasa. Beliau membuka sesi soal jawab. Mereka bercakap mengenai orang yang memandang rendah pada mereka,” kata Syed Azmi.

19396792 10154828932236478 2177102595349324276 N
sumber: facebook

Namun apa yang berlaku seterusnya sangat menyentuh hati Syed Azmi.

Saya benar-benar tersentuh apabila mufti mohon ampun bagi pihak umat Islam lain yang memperlakukan mereka dengan buruk.”

Aduh, rasa berdosa sungguh kita dengan golongan ini!

Ziarah tersebut diakhiri dengan Dr Zulkifli memberi duit raya buat penghuni di situ dan mengimamkan solat Zuhur.

19366546 10154828932186478 5708604446666095709 N
sumber: facebook

“Saya suka bila dia tanya nama setiap orang dan dari mana mereka datang. Seorang wanita sedih sangat bila dapat duit raya. Itu memang saya terasa,” luahnya.

Menurut Syed Azmi, foto-foto yang dimuatnaiknya di laman Facebook bukanlah untuk menunjuk-nujuk namun untuk memberi tauladan kepada orang ramai supaya tidak memandang rendah atau menghukum golongan seperti ini. Sedangkan mufti sendiri tidak meletakkan sebarang persepsi, apatah lagi kita yang hina dina ini…. 

Dr Zulkifli juga memberitahu di laman Facebook bahawa ziarah ini bukanlah yang terakhir malah akan ada tindakan yang seterusnya untuk membimbing golongan ini ke jalan yang diredhai.

Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah.”

Bagi mereka yang ingin melawat ataupun memberi sokongan serta bertanyakan apa-apa soalan, anda boleh saja hubungi 03-40511211.

Berbuat baiklah kepada sesiapapun tidak mengira status, bangsa dan agama mereka. Satu kebaikan akan dibalas dengan seribu lagi kebaikan yang tidak disangka-sangka di luar sana. 

Baca: Lelaki Kongsi Sikap Toleransi Staf Nando’s Berbangsa India Hormat Rakan Sekerja Berpuasa 

Nandos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.