in

“Netizen perlu berfikiran terbuka” – Pengarah ‘Ayat Dari Langit’ Beri Penjelasan Babak Kontroversi Ellie Suriaty Cium Kaki Adlin

Baru-baru ini, telefilem berjudul “Ayat Dari Langit” yang ditayangkan di Astro Citra pada hari Sabtu lepas telah menjadi perbualan hangat netizen.

Untuk korang yang dah tengok telefilem ni atau ada saksikan trailer yang dikongsikan di media sosial, mesti korang tahu kenapa cerita mengenai ajaran sesat ni jadi perbualan ramai kan?

Malah, antara babak yang paling menonjol dalam telefilem ni bila watak Zaharah yang dilakonkan oleh Ellie Suriaty ini telah mencium kaki suaminya, Ustaz Muiz lakonan Adlin Aman Ramli ketika dia menjirus air pada kaki suaminya itu.

Ekoran ini, ramai netizen telah berdebat mengenai telefilem ini, ada yang suka kerana kelainannya tapi ada juga yang merasakan lakonan Ellie ini terlalu melampau.

“Over sangatlah si Ellie ni”

“Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima”

Menerusi Harian Metro, pengarah telefilem “Ayat Dari Langit” Rashid Sibir mengatakan, orang yang melihat telefilem ini perlu melihat Ellie sebagai watak Zaharah.

Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.

“Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata mati masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.

“Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini.”

Tak cukup dengan itu, Rashid juga turut meluahkan kekecewaannya dengan sikap netizen yang hanya tahu mengutuk berbanding memberikan pujian.

“Pada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang bodoh.

“Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kutuk. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran sesat, dikutuk juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?

Kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kecaman itu tandanya warganet menonton drama ini.”

Rashid turut menjelaskan yang dia sendiri menyuruh Ellie untuk membuat babak tersebut walaupun pada awalnya Ellie menganggap ia hanyalah gurauan.

Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu.”

Malah, pengarah tersohor ini turut memuji lakonan Ellie Suriaty yang dikatakan telah memberi impak maksima. Malah katanya, sukar untuk mencari pelakon seperti Ellie ini.

 

Baca: “Apa kejadahnya contact suami orang tengah malam?” – Ellie Suriaty Bengang Wanita Promote Produk Kacau Suami

Sumber: Harian Metro