in

“Apa kejadahnya contact suami orang tengah malam?” – Ellie Suriaty Bengang Wanita Promote Produk Kacau Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau difikirkan secara logik, waktu malam adalah masa untuk diluangkan bersama keluarga. Sebab tu, bila kena kacau dengan sesiapa lepas waktu bekerja, memang agak menyakitkan hati.


Mungkin sebab ini juga, pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriaty meluahkan rasa geramnya di Facebook peribadi bila seorang wanita dikatakan mengganggu suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Azri Iskandar.

Menurut Ellie, wanita ini dikatakan sering mengganggu Azri atas alasan untuk mempromosikan produknya.

Nak apa asyik2 cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Kot ya pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah2 malam?”

Tambah Ellie lagi, dia telah pun menghantar friend request kepada wanita tersebut, tapi masih belum ada maklum balas yang diterimanya.

Dah nak mampos sangat ke sampai kau terdesak tengah2 malam?”

Dalam statusnya ini, Ellie turut meletakkan screenshot profil Facebook wanita tersebut dan meminta orang yang mengenali wanita itu untuk menasihatinya agar tak ganggu keluarganya.

Kalau dah kacau time tengah malam memanglah kena marah…

 

Baca: Ellie Suriati Yakin Video ‘Semburit’ Tulen, Guna Pengalaman Buat Filem Untuk Analisis Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.