in

Netizen Marah Keluarga Bawa Anjing Dalam Troli Pasar Raya, Biarkan Air Kencing Atas Lantai

Z 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita tinggal di sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, sudah menjadi kebiasaan kita sensitif dengan kepercayaan orang lain.


Jadi bayangkanlah betapa kecewanya rakyat Malaysia melihat sebuah keluarga membuat keputusan untuk meletakkan anjing peliharaan mereka di dalam troli pasar raya.

Z1 3
sumber: facebook | we are malaysians

Kes sebegini bukanlah sesuatu yang baru berlaku di negara kita, tetapi seharusnya orang ramai lebih peka dan tidak mementingkan diri dalam hal sensitif seperti ini.Gambar sebuah keluarga dan seekor anjing di dalam troli itu menjadi viral di Facebook baru-baru ini. Gambar berkenaan dimuat naik oleh Facebook page bernama We Are Malaysians pada 26 Januari 2017.

Menurut mereka, kejadian berlaku di Aeon Bukit Tinggi, Klang. Lebih teruk lagi, anjing itu kencing ketika ia masih di dalam troli!

Air kencing anjing itu meleleh melalui lubang troli dan mengotorkan lantai pasar raya berkenaan. Tetapi, keluarga berkenaan terus pergi dan tidak membersihkan air kencing haiwan peliharaan mereka itu!

 

Z2 3
sumber: facebook | we are malaysians
Z3 3
sumber: facebook | we are malaysians

Selepas gambar tersebut menjadi viral, netizen menunjukkan reaksi negatif terhadap insiden itu. Namun, mereka tidak menimbulkan isu kaum dan agama, sebaliknya mereka mempersoalkan common sense pemilik anjing berkenaan dan sikap tidak mengendahkan keselesaan orang awam di tempat itu.

Ini bukan masalah menghormati agama orang lain atau tidak. Ini adalah masalah kebersihan. Makanan dijual di sana. Tidak kira anjing, kucing atau singa sekali pun, mereka tidak seharusnya dibawa masuk.”

Bukan masalah kaum yang bodoh tetapi mereka ini yang tidak berakal.”

Walaupun haiwan peliharaan anda bersih dan dijaga dengan baik, anda harus fikir untuk bertimbang rasa dengan orang lain. Malaysia kan negara yang bertamadun? 🙂

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.