in

Netizen Kongsi Kisah Hidup Jacky TV Sebelum Jadi Fenomena Baru Youtube

Main

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini Asif dan Yoe Parey menjadi fenomena Youtube di Malaysia kerana kelucuan mereka di dalam video lakonan, kini muncul pula bintang baru yang sering menjadi bualan netizen.


Jacky TV kini bukanlah satu nama yang asing lagi buat netizen Malaysia. Sering tular di laman sosial, Jacky mula popular selepas video Kirenye Kirenye Kirenye dan Saya nak makan kacang ni tular di laman Twitter.

Konsep rancangan Jacky TV ini mudah sahaja, hos yang dikenali sebagai Jacky akan menemu ramah pengunjung di sekitar Teluk Cempedak, Kuantan. Namun, keunikan Jacky membuatkan temu ramah itu menjadi lucu dan seronok untuk ditonton.

1 7

Meskipun Jacky dilihat sebagai seorang yang istimewa, namun keistimewaan itulah yang membuatkan orang ramai memilih untuk menonton rancangan Jacky TV. Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen yang pernah mengenali Jacky sebelum ini untuk tampil menceritakan kisahnya sebelum popular.

“Orang Kuantan je tahu mana susah Jacky menari dekat TC nak cari duit”

Menurut salah satu perkongsian netizen, Jacky sebelum ini sebenarnya sudah dikenali oleh warga Kuantan. Dia sering dilihat menari di sekitar Teluk Cempedak untuk menghiburkan orang ramai, di samping sebagai jalan untuk mencari rezeki.

Berikut adalah perkongsian video Jacky menari sebelum menjadi hos rancangan Jacky TV:

Tambah netizen lagi, sebelum popular menjadi hos di Youtube, Jacky sebenarnya pernah berniaga menjual ikan dengan menaiki motosikal di sekitar bandar Kuantan.

Melihatkan keadaan Jacky yang istimewa kerana masalah pembelajaran dan percakapan, usahanya untuk menghiburkan orang ramai dengan menggunakan medium Jacky TV dilihat sebagai sesuatu yang bagus dan perlu disokong.

Buat anda yang mahu menyokong usaha keras Jacky dalam kerjaya sebagai seorang Youtuber, boleh tonton video terbarunya berjalan-jalan di Cameron Highland. Pecah habis!

 

BACA: “Avatar – The Legends Of Kelantan”- Foto Yoe Parey Buat Netizen Berdekah

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.