Rasanya sudah berbulan-bulan lamanya, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat ‘hilang dari radar’ selepas pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.
Semenjak dari itu, tiada siapa yang tahu di mana Sajat berada dan pihak polis juga sehingga kini masih tidak dapat memberkas usahawan ini.
Walau bagaimanapun, kalau dilihat pada posting Instagramnya baru-baru ini, kelihatan Sajat seperti sedang ‘bercuti’ dan bersantai dengan di tepi pantai dengan pakaian bikini. Kat mana agaknya tu??
Lokasi rahsia Sajat terbongkar?
Disebabkan perkongsian Sajat tersebut, ia telah membuatkan netizen mula melakukan kerja ‘detektif’ dengan menyiasat di manakah keberadaannya.
Hasil daripada ‘siasatan’, seorang pengguna Facebook telah mendapati lokasi Sajat tersebut secara kebetulan sama betul dengan satu lokasi yang pernah dilawatinya sebelum ini. Ah sudah kantoi!
Bukan di Kelantan, Terengganu, Pahang tapi…
Menerusi ruangan komen ramai yang membuat tekaan bahawa Sajat kini berada di Kelantan, Cherating lah atau pun Terengganu dek kerana biru air laut dan kawasan pantai yang cantik.
Tetapi semuanya terbukti salah selepas ada di antara netizen yang mendedahkan sebenarnya lokasi gambar tersebut ialah di Villa Maroc Resort, Pranburi yang terletak di Hua Hin, Thailand. Jadi betullah apa yang dikatakan pihak polis tidak lama dulu kan?
Apa-apapun masih tidak dapat dipastikan sama ada apa yang dinyatakan netizen ini benar atau sekadar spekulasi.
Walau bagaimanapun, sekiranya benar Sajat berada di Thailand, harapnya dia pulanglah dengan segera untuk menghadapi kesnya di mahkamah dan jangan lupa untuk kuarantin dulu 14 hari ye bila balik nanti.