in

“Nenek pun tak nak kalah” – Keluarga Ingkar PKPB, Enggan Berhenti Bila Dikejar Lepastu Tikam Tayar JPJ Sebab…

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, polis telah menahan lima individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jitra, Kedah.


Bukan sahaja mereka ingkar PKPB, malah turut mengugut dan merosakkan kenderaan penguat kuasa JPJ yang cuba untuk tahan dorang!

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, sepasukan empat penguat kuasa JPJ cuba untuk menahan sebuah van yang dinaiki oleh empat individu termasuk dua wanita untuk membuat pemeriksaan namun kenderaan tersebut enggan berhenti, lapor Awani.

Bagaimanapun, pemandu van lelaki berusia 20-an itu enggan berhenti menyebabkan penguat kuasa JPJ mengekorinya sebelum berhenti di hadapan sebuah pasar raya di Jitra.

71605278853 Pdrm

Ketika pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut dibuat, didapati pemandu van tersebut tidak mempunyai lesen memandu malah cukai jalan dan sijil pemeriksaan Puspakom juga telah tamat tempoh.

Secara tiba-tiba, seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan penguat kuasa JPJ bersikap kurang akar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren.”

Pulak dah, kalau berhenti awal-awal tak adanya nak pasang siren bagai.

Tak cukup dengan itu, ketika penguat kuasa cuba memberikan kompaun, anggota ini telah ditolak dan membuat ancaman jenayah sambil mengeluarkan wang dipercayai bertujuan untuk mengaibkan anggota tersebut.

71605277727 Freesize

Ketika itu seorang lagi lelaki berusia 40-an keluar dari premis berhampiran dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengacukannya ke arah anggota JPJ terbabit sambil mengeluarkan ugutan yang mengancam nyawa.

“Lelaki itu kemudian menikam tayar hadapan sebelah kiri kenderaan JPJ menyebabkannya pecah.”

Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis telah pun menahan tiga lelaki dan dua wanita disyaki terbabit dalam kes ini dan sedang disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 353, Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan selain Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Orang macam ni pun ada…

Baca: Orang Ramai Boleh Buat Rayuan Di Mahkamah Jika Tidak Puas Hati Dikompaun Akibat Ingkar PKPB
Screenshot 2020 11 16 At 4.20.52 Pm

Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.