Belum reda kemarahan orang ramai mengenai isu bendera yang dipasang terbalik yang berlaku beberapa minggu lalu, tular pula satu lagi kes di Melaka.
Menerusi gambar tular itu, insiden tersebut berlaku di sebuah kilang yang terletak di Batu Berendam.
ADUN Duyong dedah punca bendera terbalik
Namun siasatan pantas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy, membantu merungkai kekeliruan apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku secara tidak sengaja.
Artikel berkaitan: “Malulah kita yang normal ni” – Lelaki OKU Mental Mampu Pasang Bendera Dengan Betul, Siap Ingat Lagi Rukun Negara!
Artikel berkaitan: Pasang Bendera Terbalik Semasa Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, Petugas Menangis Teresak-esak
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Noor Helmy memaklumkan beliau menerima aduan berhubung insiden tersebut sebelum membuat siasatan dan meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian.
Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, perkara itu berlaku akibat bendera ditiup angin, lalu tercabut dan berkibar dalam keadaan terbalik.
“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.
“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah Bendera Kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya yang berkongsi video CCTV itu di Facebooknya.
Menurutnya lagi, pihak kilang berkenaan juga akan tampil memberi kenyataan dalam jangka masa terdekat ini berhubung perkara itu.
Beliau pada masa sama turut berkongsi gambar semasa bendera tersebut diturunkan bagi memudahkan orang ramai memahami apa sebenarnya yang telah berlaku.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas ADUN Duyong dalam menangani isu sensitif ini.
Sumber: Malaysia Gazette