Isu ketidaksempurnaan dalam menyediakan juadah dari negara barat yang diajar oleh pempengaruh makanan dilihat telah menarik perhatian ramai pihak.
Pempengaruh, Zhiddin Aziz juga tidak terlepas daripada mengambil cakna mengenai isu ini dan ia sekaligus membuatkan dirinya rasa terpanggil untuk memberikan pendapatnya tersendiri.
Artikel berkaitan : Dikecam Teruk Sebab Pertikai Cara Dapur Che Sayang Memasak, Peniaga Pasta Mohon Maaf
Artikel berkaitan : Video Masakan Cottage Pie Dipertikai ‘Tak Authentic’ Oleh Netizen, Dapur Che Sayang Tampil Bagi Respon
“Bila makanan Barat tersilap sedikit, dia paling cepat menjadi penjaga warisannya.”
Menerusi Threads miliknya, Zhiddin memberi teguran sinis buat inidivdu yang melatah dengan makanan barat sedangkan banyak menu tempatan sudah lama hilang keasliannya tetapi langsung tidak ambil berat.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen rata-rata bersetuju dengan kenyataan Zhiddin dan bagi mereka cita rasa tradisi kita sepatutnya dipertahankan daripada negara lain.
Sekadar info, pempengaruh Che Sayang baru-baru ini menjadi tumpuan netizen apabila dia dikecam oleh segelintir pihak disebabkan perkongsian resepi Cottage Pie baru-baru ini.
Mereka mendakwa hilang keaslian masakan tersebut, bagaimanapun, majoriti warganet berpihak kepada Che Sayang sampaikan Khairul Aming sendiri memberikan satu hantaran yang seolah-olah memberikan sokongan moral secara halus.
Sumber : Threads
