in

Ikat Leher Sampai Nak Putus! Kenapa Ramai Sangat Suka Dera Kucing?

Pusak Di Jerut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Entah syaitan apa lah yang merasuk manusia zaman sekarang ni eh? Dengan haiwan secomel kucing pun korang sanggup dera sampai nyawa-nyawa ikan kucing tu dibuatnya!


Menerusi perkongsian di Facebook Geng Pusak Jalanan Sarawak (pusak tu maksudnya kucing), admin grup Facebook ni terjumpa dengan seekor kucing dalam keadaan yang sangat menyedihkan di Unigarden, Kota Samarahan, Sarawak.

Katanya, leher kucing tu macam dijerut sampai macam hampir terputus dah kalau korang tengok gambar kat bawah ni. Adoiii sapa yang kejam buat kucing macam ni! 

41985095 2120921621492383 1588341659827961856 N
sumber: facebook
41990821 2120921688159043 2618939613921673216 N
sumber: facebook

“Tengah malam terima call kucing ini ditemui di Unigarden dalam keadaan macam ni. Daripada gambar ini, tali itu dah lama sangat terikat,” katanya.

Menurutnya lagi, dia pun tak sure sama ada kucing ni telah diikat kat bahagian lehernya seketat macam tu dengan sengaja atau mungkin lehernya terbelit dan terikat tali tu secara tak sengaja. Tapi apa-apapun, orang yang jumpa kucing ni dah potong ikatan tali tu. Syukurlah! 

41903752 2120921831492362 88903048478326784 N
sumber: facebook
41991005 2120921764825702 6639668807075889152 N
sumber: facebook

“Admin GPJS dah turun ambilnya tadi dan akan dibawa pulang dulu ke rumah. Esok baru dapat bawa dia ke klinik. Cuma pesan Kak Admin kepada semua kalau temui kucing macam ini, cuba bantu. Dan kita perlu jadi lebih prihatin dengan mereka. 

“Sekiranya ada melihat berlaku kekejaman atau kekasaran terhadap kucing harap tegur pelakunya. Jangan dibiarkan. Kalau dibiar lebih buruk padahnya kelak,” pesan admin grup tersebut.

Posting ni telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya marah dan sedih dengan apa yang menimpa kucing ni. Semoga mereka yang buat benda macam ni pada kucing, dapatlah balasan yang setimpal.

Komen Pusak
sumber: facebook

Sayangi haiwan di sekeliling kita. Tuhan sayang manusia yang penyayang terhadap kucing tau! 

Baca: TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!

Dobi Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.