in ,

“Nanti balik jadi agen penyebar virus” – Satu Dunia Takut Covid-19 Tapi Kris Dayanti & Keluarga ‘Rileks Je’ Pergi Euro Trip!

Satu dunia kini sedang kucar kacir disebabkan penularan wabak Covid-19 sejak Disember 2019. Setiap hari angka jangkitan atau kes kematian meningkat di serata dunia.

Bermacam cara pihak berwajib cuba untuk membendung virus ini daripada terus menular dan memburuk. Termasuklah, menyarankan rakyat di negara masing-masing agar tidak mementingkan diri untuk melancong sementara Covid-19 ini masih berlaku.

Tapi, malangnya masih ada manusia yang tidak memikirkan tentang diri sendiri serta orang lain. Masih ada yang tidak memandang serious dengan situasi sekarang serta tidak pedulikan virus yang begitu mudah dijangkiti ini.

 

Kris Dayanti pergi Euro Trip dengan keluarga

Kris Dayanti dan suami kini dikritik ramai rakyat Indonesia selepas mereka ‘tayang’ keseronokan melancong ke Eropah sejak 5 hari lepas.

Lebih membuatkan mereka geram adalah kerana suami Kris merupakan ahli politik di mana dia dikatakan sepatutnya lebih peka dan prihatian dengan isu sebegini.

 

Kini di Switzerland

Mereka sekeluarga kini berada di Switzerland dan sejak mendarat di sana beberapa hari lepas ramai yang memberi komen di gambar-gambar Kris Dayanti dekat Instagram.

Mereka persoal tentang Kris yang dikatakan tidak mempunyai empati serta mementingkan diri pergi melancong. Padahal dia sepatutnya tahu dia akan membahayakan serta membahayakan kesihatan orang lain bila dia pulang ke Indonesia.

Nanti balik jadi agen penyebar virus.”

Tidak ada rasa empati!”

Ketika rakyat sedang cemas dan ketakutan. Wakil rakyatnya malah enjoy.”

Seronok berlibur ke luar negara. Tak memikirkan bahaya virus yang mungkin di bawa pulang.”

Aduiii, patutnya lebih peka dengan keadaan semasa…

Baca: “Remuk hati tengok dia nangis” – Peminat BTS Sedih Tengok Penyanyi Kesayangan Kecewa Sebab Konsert Batal Akibat Covid-19