Pagi tadi Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dan apa yang menjadi tumpuan adalah Ruhainies dilihat tersenyum lebar dengan penuh gembira.
Ruhainies bagaimanapun menepis dakwaan yang mengatakan dirinya tidak sensitif, sebaliknya dia mengakui gembira kerana akhirnya dapat bertemu pihak media.
Malah Ruhainies turut menjelaskan bahawa dia tidak pandai berlakon sekaligus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.
Artikel berkaitan : “Tersenyum keluar mahkamah?” – Netizen Persoal Riak Wajah Ruhainies Lepas Keluar Mahkamah
Artikel berkaitan : Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat, Mohon Kes Dibicarakan
Berikutan dengan kenyataan tersebut, Ruhainies dilihat seperti ada memberi bayangan yang dia memperjelaskan maksud sebenar yang dia katakan itu menerusi IG Story miliknya.
Dalam hantaran itu, Ruhainies kongsikan klip video lakonannya yang sedang menangis sambil melampirkan kenyataan ringkas yang dia akan menangis depan kamera atas dasar kerja.
“Nangis bila bekerja pandai la min, kita beri 100 peratus komitmen.”
Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.