in

Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat, Mohon Kes Dibicarakan

Ruhai 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan pertuduhan kes khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Ruhai 1
Sumber: hariah metro

Mengaku tidak bersalah kes khalwat

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani  mengaku tidak bersalah dan pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.


Artikel berkaitan: “Terpaksa panggil bomba” – Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo

Artikel berkaitan: Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?

Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah – Aliff Aziz

Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan – Ruhainies

Pendakwaan tersebut dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Kedua-dua hadir hari ini bersama peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin. – Masroha

Kedua-dua pelakon drama Terjerat itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27(b) akta yang sama yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium yang terletak di Kuala Lumpur pada 9 Mac yang lalu dan pada 20 Jun, mereka telah hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan kes tersebut.

Pun begitu, perbicaraan ditangguhkan ke 12 Oktober hadapan dan bon jaminan kedua-dua mereka juga akan dilanjutkan.

Sumber: Harian Metro, mStar, Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.