in

Nampak ‘Simple’ Tapi Banyak Khasiat, Ini 5 Kelebihan Air Nabeez!

Air Nabeez

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sudah maklum, berpuasa di bulan Ramadan ini membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka.


Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek dalam membantu mereka yang dalam kekurangan.

Selain daripada meningkatkan ibadah seharian, kita juga perlu mencari jalan terbaik untuk kekal bertenaga ketika berpuasa.

Pexels Naim Benjelloun 2291592
Gambar hiasan

Apa minuman yang boleh kita ambil agar tak ‘lemau’ sepanjang berpuasa?

Bila masuk bulan Ramadan, antara makanan sunnah yang kita selalu ambil ialah buah kurma, setiap kali berbuka puasa kita disunatkan untuk makan buah kurma dahulu kerana kandungan gulanya yang tinggi dapat memberikan ‘tenaga yang segera’.

Pernah tak anda dengar mengenai Air Nabeez? Ia merujuk kepada air rendaman kurma atau kismis yang diminum keesokan harinya.

Menurut sumber, air Nabeez ini merupakan air yang selalu diminum oleh Rasulullah S.A.W, riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)

Jika anda seorang yang cakna dengan trend serta resepi-resepi dan cara pembuatan air detox buah-buahan seperti yang dilakukan oleh fitness enthusiasts, air Nabeez juga sama seperti itu.

Malah, baru-baru ini seorang influencer terkenal iaitu Ceddy turut mencuba air Nabeez ini dan memberitahu ia sangat membantu mengekalkan tenaganya ketika dia cuba berpuasa.

@ceddyornot

My full day puasa experience and I nak cuba lagi. Tapi disebabkan saya ada job untuk review makanan, some days memang kena batal puasa haha but I will try whenever I can. Salam Ramadan sayangs!

♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan

Buah kurma cukup kaya dengan nutrisi penting seperti serat, vitamin A,C,D,E , zat besi, kalsium, magnesium dan kalium, disebabkan buah kurma ini sangat manis, maka air Nabeez ini turut berasa manis dan sangat menyegarkan.

Apa khasiatnya?

1. Meningkatkan Kesihatan Menyeluruh dengan Sifat Alkali

Antara ciri-ciri penting air Nabeez dan sering menjadi pilihan untuk diamalkan ialah disebabkan sifatnya yang beralkali dan dapat membantu menstabilkan tahap pH dalam badan.

Ia juga dapat bertindak sebagai air detoks untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

2. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Serat yang tinggi dalam buah kurma juga membuatkan air Nabeez sesuai untuk diminum ketika bersahur bagi mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.

3. Membekalkan Tenaga

Kandungan fruktosa (gula semulajadi) dalam kurma mampu membekalkan tenaga segera dengan cara mengembalikan paras gula dalam darah. Disebabkan itu, kita disarankan untuk berbuka dengan buah kurma.

4. Dapat Mengurangkan Masalah Alahan

Salah satu khasiat istimewa yang ada pada buah kurma ialah sulfur. Ia dapat membantu dalam mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis.

Dengan mengamalkan air Nabeez, simptom alahan seperti bersin, hidung berair dan tersumbat atau sakit kepala dapat dikurangkan.

5. Mengelakkan Sembelit

Dalam bulan puasa terutamanya, kita kurang minum air dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit, dengan adanya fiber yang mencukupi masalah tersebut dapat dielakkan.

Jurus Bugar Kala Puasa Coba Manfaat Air Nabeez 1582462030

Macam mana nak buat air Nabeez?

Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Anggaran air dalam satu gelas.

Kemudian, rendam isi kurma dalam air masak biasa pada waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan ia dalam keadaan terbuka.

Air ini bukan untuk bulan puasa sahaja ya! Ia juga boleh diamalkan sebelum bersarapan pagi ketika perut kosong.

Air Nabeez sangat sesuai diamalkan bagi menjaga kesihatan dan penyediaannya sangat mudah. Jom cuba! 

Baca: Batal Puasa Atau Tidak? Ini Senarai Ubat Dan Rawatan Yang Boleh Membatalkan Puasa

Batal Puasa

Sumber: sehatq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.