in

“Nampak banyak contengan kat senjata dia” – Ini Maksud Sebenar Tulisan Pada Senjata Penyerang Tragedi Berdarah Christchurch

Senapang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia masih berduka dengan kejadian hitam yang melanda New Zealand semalam. Sejumlah 40 orang terkorban dan berpuluh yang lain cedera. Rata-rata netizen menyimpulkan perbuatan terkutuk  ini adalah sifat kebencian dan takut kepada ajaran Islam, ataupun Islamophobia.


Kalau korang perasan,banyak tulisan warna putih dekat senjata penyerang tragedi ni. Apa maksud tulisan pada senjata tu? Twitter @trtworld ada membuat penjelasan ringkas mengenai tulisan pada senjata. Teruskan membaca..

198115 072537 Updates

 

1. Anton Lundin Pettersson – Trollhättan School Attack

Pada 22 Oktober 2015, Anton Lundin Pettersson remaja berumur 21 tahun menyerang Kronan School di Trollhättan, Sweden, menggunakan pedang. Dia membunuh seorang kakitangan sekolah, Lavin Eskandar, imigran dari Iraq, dan seorang pelajar lelaki Ahmed Hassan, menikam seorang lagi pelajar lelaki dan seorang guru yang kemudiannya meninggal dunia akibat kesan luka daripada tikaman tersebut. Tindakan Anton Lundin Pettersson adalah merupakan tindakan perkauman dan berunsur kebencian.

2. Alexandre Bissonnette – Quebec City Mosque Shooting

Pada 29 Januari 2017, Islamic Cultural Centre of Quebec City, Kanada telah diserang oleh Alexandre Bissonnette. Enam orang terbunuh manakala 19 lagi cedera daripada serangan bersenjata secara rambang pada kira-kira jam 8 malam, selepas solat maghrib. Kira-kira 53 orang dilaporkan berada di masjid itu sewaktu kejadian berlaku.

3. Skanderberg – Komander Derhaka Turki Uthmaniyah

George Castriot ataupun lebih dikenali sebagai Skanderberg dalam Kerajaan Turki Uthmaniyah, adalah seorang komander dari Albania, yang pernah berkhidmat bersama Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kisahnya terkenal selepas beliau berpaling tadah dan mengetuai serangan terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan semula wilayah yang kini adalah Albania dan Utara Macedonia.

4. Antonio Bragadin – Peguam Mungkir Janji

Antonio Bragadin ataupun lebih dikenali sebagai Marcantonio Bragadin adalah seorang peguam dan pegawai tentera untuk Republic of Venice sekitar kurun ke-16. Beliau telah dilantik Captain-General of Famagusta di Cyprus dan mengepalai pemberontak menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1570. Beliau telah mengkhianati perjanjian Turki-Cyprus dan membunuh tebusan Turki dalam tahanan sewaktu pemberontakkan itu.

5. Charles Martel – Berjaya di Battle of Tours

Charles Martel adalah seorang yang berbangsa Frankish (suku bangsa Jerman) dan seorang pemimpin tentera dan Pemerintah Kerajaan Fracia dari tahun 718 hingga 741. Beliau merupakan pemimpin tentera yang mengalahkan Kerajaan Islam Andalusia dalam Battle of Tours pada tahun 732. Perperangan ini dianggap sebagai penamat “Penguasaan Orang Arab di Eropah” .

6. Vienna, 1683 – Melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Battle of Vienna 1683 ataupun Battle of the Bald Mountains yang berlaku di Pergunungan Kahlenberg berdekatan Vienna pada September 1683. Perang ini berlaku selepas Kerajaan Turki Uthmaniyah mengepung dan menawan Vienna. Turki Utmaniyah juga kalah besar dalam perperangan ini dan secara tak langsung melemahkan ketumbukan tenteranya.

 

Jadi apakah signifikasi tulisan pada senjata itu? Apakah motif penyerang tersebut? Kami tidak mahu melabel dan menghukum sewenang-wenangnya kejadian itu, lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa. Apa-apa pun kami mengecam perbuatan terkutuk ini.

 

Baca: 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang Di Christchurch New Zealand Motif & Utama Serangan 

Feat 25

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.