in

“Nampak atap je” – Kenali Bapa Yang Rela Kumpul Sampah Selama 10 Tahun Untuk Masa Depan Anak

Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya risau kalau saya dan isteri pergi dulu, siapa yang akan jaga anak kami.”

Begitulah luahan menyayat hati seorang bapa yang tinggal bersama isteri dan anak lelaki mereka di dalam sebuah rumah yang dipenuhi sampah semenjak 10 tahun lalu.


Sampah 1 E1627105427766

Kisah Choi, 75, disiarkan menerusi saluran televisyen nasional Korea Selatan, SBS, mendapat perhatian umum selepas gambar keadaan rumah dua tingkat milik keluarga itu yang dilimpahi sampah-sarap. Hanya bumbung rumah itu sahaja yang jelas kelihatan.

Memetik portal Oddity Central, Choi yang berasal dari Gwangju mengaku menghabiskan sepuluh tahun hidupnya dengan mengumpul pelbagai jenis barangan yang dibuang orang sehingga memenuhi balkoni rumah. Malah, sampah-sampah itu juga difahamkan sudah melimpah sehingga ke laman rumah mereka.

35Da4A4Fb71944539105Bac492543D48 E1627105147556

Ketika rumah mereka dilawati wartawan SBS, mereka perlu memanjat gunungan sampah untuk masuk melalui pintu rumah Choi. Menurut sumber, sebaik sahaja masuk ke dalam kediaman, para wartawan telah terhidu bau sampah yang busuk sehingga membuatkan mereka sukar untuk bernafas.

Anak menganggur & tak keluar rumah sejak lebih setahun lalu

Sampah E1627105266798

Selama 10 tahun, Choi tinggal di dalam rumah terbabit bersama isterinya yang berusia 70 tahun dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan 40-an. Ketiga-tiga mereka dilaporkan tidur bersama dalam sebuah bilik kecil susulan tiada lagi ruang kosong di dalam kediaman terbabit.

Difahamkan, sebelum ini, lambakan sampah di kediaman keluarga terbabit menganggu jiran-jiran mereka sehingga ada yang memfailkan aduan. Pun begitu, disebabkan Choi masih terus membawa sampah-sampah pulang, mereka akhirnya memilih untuk tidak mengendahkannya.

Sampah 2 E1627105557230

Kata Choi ketika ditemu bual, tujuan dia mengumpul sampah dengan sangat banyak adalah demi menjamin masa depan anak lelaki bujangnya.

Menurut sumber, anak pasangan terbabit yang tidak didedahkan identitinya tidak mempunyai kerja dan sudah lebih setahun tidak meninggalkan rumah. Meskipun Choi dan isterinya sudah merayu agar anak mereka itu keluar mencari kerja, lelaki terbabit dilaporkan enggan dan selesa menggunakan duit pencen ibu bapanya bagi menampung kehidupan.

“Saya memilih untuk penuhkan rumah dengan barang-barang ni supaya masa depan anak saya terjamin. Kalau saya dan isteri dah tiada, siapa nak tampung hidupnya?” kata Choi.

Walau bagaimanapun, Choi akhirnya terpaksa membenarkan pasukan sukarelawan untuk membersihkan rumahnya selepas isteri warga emas itu telah disahkan menghidap masalah jantung yang serius. Menurut doktor, isteri Choi perlu tinggal dalam kondisi yang bersih dan kerap melakukan senaman untuk memperbaiki kesihatan dirinya.

Sampah 3 E1627105656295

Difahamkan, seramai 226 sukarelawan dan sebuah mesin pengorek untuk membersihkan sekitar 150 tan sampah yang dikumpul Choi selama 10 tahun lalu. Meskipun keberatan, anak pasangan ini juga dilaporkan mula keluar dari rumah dan membenarkan sukarelawan membersihkan rumah mereka.

“Demi masa depan isteri saya dan kesihatan dia, saya berjanji untuk tak mengutip sampah lagi,” kata Choi.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Kasih ayah berkorban nyawa”- Bapa Mati Kesejukan Lepas Bagi Anak Selimut

Featured 13 E1627102373803

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.